spot_img

‘Pocong’ Pun Takut Covid – Netizen

- Advertisement -

DALAM usaha mengekang penularan Covid19  kerajaan telah mengambil langkah untuk memberikan vaksin kepada rakyat sebagai satu langkah untuk mengurangkan kadar jangkitan dikalangan masyarakat.

Pemberian vaksin itu dibuat dibeberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara bagi memastikan urusan pemberian vaksin dapat dijalankan dengan jayanya.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia sering memberikan hiburan semasa menerima vaksin dengan pemakaian pakaian yang melucukan.

- Advertisement -

Ia juga sebenarnya boleh menghilangkan penat para petugas sukarelawan dan juga petugas-petugas barisan hadapan.

Apa tidaknya, jika dahulu kita dihebohkan dengan ‘hantu cina’, kali ini kita disajikan pula dengan gelagat ‘pocong’ yang hadir ke PPV untuk menerima vaksin dengan mengenakan kain kafan serta diikat seperti mayat.

Video yang dimuatnaik naik di aplikasi TikTok oleh @pwetygerl itu telah meraih sebanyak 1 juta tontonan dengan kapsyen ” Siang-siang pun boleh nyah”.

- Advertisement -

Dalam paparan video tersebut, ‘pocong’ yang datang ke PPV di tolak menggunakan kerusi roda oleh anggota RELA sebelum ‘melompat-lompat’ ke dalam dewan menuju ke bahagian pendaftaran.

Menurut gadis yang memuatnaik video tersebut, dia beranggapan bahawa ‘pocong’ tersebut adalah OKU kerana ditolak menggunakan kerusi roda akan tetapi dia tidak menyangka bahawa ‘pocong’ tersebut boleh melompat.

“Lah OKU”

- Advertisement -

“Tiba-tiba boleh melompat”

Difahamkan juga, kejadian itu berlaku di PPV Dewan Meranti.

Ikuti video di bawah:

@pwettygerlSiang2 pon boleh nyah 😳🤣 ##fyp ##ppv ##ppvdewanmeranti2♬ original sound – NIS

Berikutan itu, satu lagi video telah dimuatnaik susulan daripada video pertama. Kali ini ia memaparkan ‘pocong’ tersebut bergerak secara melompat-lompat didalam dewan tersebut.

Mengikut gadis tersebut, dia mengatakan nasib baik PPV buka waktu siang dimana hantu ‘pocong’ sangat sinonim pada waktu malam. Walau bagaimanapun, kelihatan keadaan menjadi sedikit meriah apabila ‘pocong’ tersebut berusaha melompat menaiki tangga tetapi diawasi oleh petugas PPV supaya tidak ada kecederaan berlaku.

“Olympic 2024” tulis gadis tersebut.

@pwettygerlReply to @j_jmutluk Nasib baik ppv buka siang je 🤧##ppv ##ppvdewanmeranti2 ##fyp

♬ original sound – NIS

Bagaimanapun ada diantara mereka yang memberikan komen bertanya bagaimana ‘pocong’ tersebut menerima vaksin. Ia dijawab dengan pernyataan telah disediakan ruang untuk disuntik dibahagian bahu bagi memudahkan proses suntikan.

Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan individu tersebut malah ia sebenarnya memeriahkan lagi suasana diketika kita semua berada dalam keadaan tertekan akibat Covid19.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL