spot_img

(Video) Anjing Masuk Ke Dalam Kereta Bunyikan Hon Buat Netizen Geli Hati

- Advertisement -

31 OGOS merupakan hari Kebangsaan dimana kita semua rakyat Malaysia akan menyambutnya demi menyemarakkan lagi semangat patriotik didalam diri.

Bahkan, ia juga dijadikan sebagai tarikh cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia. Dikesempatan itu, ramai masyarakat yang mengambil peluang ini untuk keluar kemana-mana sahaja atas tujuan tertentu.

Akan tetapi ia bertukar menjadi hari yang huru-hara apabila seekor anjing putih telah mengekori satu keluarga ini dan memasuki ke dalam kereta mereka.

- Advertisement -

Video yang dikatakan dirakam oleh CCTV pada bangunan flat tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang pengguna TikTok iaitu @ainasyzwa14.

Menurut cerita, semasa dia dan sekeluarga sedang bersiap-siap mahu keluar untuk memberi barang keperluan,  seekor anjing secara tiba-tiba mengekorinya daripada belakang kemudian meluru masuk ke dalam kereta mereka.

Tindakan anjing tersebut menyebabkan gadis tersebut dan ahli keluarganya yang berada didalam kereta menjadi panik dan mula menjerit ketakutan sehingga menarik perhatian jiran-jiran setempat.

- Advertisement -

Walaubagaimanapun, dalam usaha mereka menghalau anjing tersebut keluar daripada kenderaan mereka, namun anjing itu sempat membunyikan hon kereta seterusnya membuat ia membuatkan mereka bertambah panik.

“Satu flat bantai gelakkan tengok kita orang”.

Ikuti video penuh dibawah:

@ainasyzwna14Alkisah nak keluar beli barang bertukar tragedi😂 anjing ajak bergurau pulak!👍🏻 DONT WORRY TAKDE YANG CEDERA😆 ##foryourpage##buwatjer ##viralmalaysia

♬ Oh No – Kreepa

- Advertisement -

Bagaimanapun, apabila melihat video tersebut mereka semua merasakan bahawa ia adalah kejadian yang paling kelakar apatah lagi ia berlaku pada 31 Ogos bersamaan hari kemerdekaan.

Sudah pasti ia akan menjadi kenangan buat mereka setiap kali tarikh kemerdekaan menjelma.

Video tersebut juga meraih 1 juta penonton dan dikongsi di semua laman media sosial yang rata-rata semua geli hati melihat kejadian tersebut.

Setakat ini tiada laporan kecederaan daripada insiden tersebut. Malah mereka beranggapan bahawa peristiwa tersebut pasti akan jadi kenangan suatu hari nanti.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL