spot_img

(Video) Detik Cemas Myvi Terperangkap Dalam Banjir, Inanam Kota Kinabalu

- Advertisement -

HANGAT diperkatakan di media sosial apabila sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih hanyut disebabkan banjir di Inanam Kota Kinabalu.

Perkongsian ringkas dari Bernama TV, menampakkan kejadian tersebut didakwa berlaku berikutan fenomena banjir kilat yang melanda sebuah kampung di Jalan Kionsom, hari ini.

Detik cemas itu menunjukkan kereta Myvi tersebut seakan-akan terjunam ke aliran sungai yang deras lalu hilang dari pandangan.

Ikuti video penuh dibawah:

- Advertisement -

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dua individu yang berada di dalam kenderaan berkenaan dipercayai sempat menyelamatkan diri.

Sehingga ini, menurut Sinar Harian, masih belum terdapat sebarang pengesahan dari pihak yang berkuasa namun, beberapa penduduk sekitar mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Joseph itu berjaya menyelamatkan diri.

- Advertisement -

Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan terbabit sebelum videonya yang berdurasi 16 saat tular di media sosial.

Manakala, seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Lester Bingkasan berkata, sebelum kejadian dia bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah daripada tempat kerja.

Selepas menunggu hampir tiga jam, keadaan hujan semakin reda namun arus sungai masih deras.

- Advertisement -

“Dalam masa sama, tiga kenderaan pacuan empat roda berjaya melepasi jambatan konkrit berkenaan. Ia mungkin memberi keyakinan kepada pemandu Myvi untuk cuba melepasi jambatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Tambahnya lagi, itu merupakan pengalaman pertamanya melihat detik-detik cemas yang melibatkan sebuah kereta yang dihanyutkan arus deras.

Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.01 petang.

Katanya, pasukan bomba yang menggunakan lori kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa selamat atau pun tidak. Akan tetapi, usaha mencari dan menyelamatkan mangsa masih giat dilakukan.

“Setakat ini, pasukan bomba masih belum menerima sebarang laporan sama ada mangsa dan kenderaan sudah ditemui atau sebaliknya.

“Terdapat laporan di media sosial yang mendakwa mangsa sudah ditemui, namun usaha sedang giat dijalankan bagi mencari dan menyelamat individu terbabit,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL