Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir', Wanita Ini Dakwa Perang Dunia Ketiga Akan Berlaku
spot_img

‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’, Wanita Ini Dakwa Perang Dunia Ketiga Akan Berlaku

- Advertisement -

AJARAN sesat merupakan satu ajaran ataupun dakwah yang di anggap sebagai satu ajaran Islam akan tetapi ia sangat bercanggah dengan Al-Quran dan Al-sunnah.

Dahulu, kita juga telah digemparkan dengan satu ajaran secara besar-besaran dimana ia masih menjadi perbualan hangat sehingga kini iaitu ajaran sesat yang di asaskan oleh Ayah Pin dan mempunyai Kerajaan langit. Bahkan wujudnya replika hasil daripada ajarannya.

Replika yang dibina ketika ajaran sesat Ayah Pin

Ajaran sesatnya itu dimulakan dengan mengakui dirinya adalah ‘Tuhan’ kepada semua agama dan dia juga mendakwa telah mendapat wahyu dari langit untuk di ajar kepada penduduk di bumi.

- Advertisement -

Malah kehebatannya memimpin kumpulannya itu menjadi tarikan orang tempatan serta ada juga dikhabarkan datang dari luar negara kerana terlalu mengagungkan Ayah Pin setinggi langit.

Walau bagaimanapun, kegiatan ajaran sesat tersebut telah pun dibanteras oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan beliau dikatakan meninggal dunia akibat sakit tua pada tahun 2016.

Dakwaan khurafat

Berikutan itu, satu lagi ajaran sesat yang dilaporkan makin berleluasa di media sosial. Ia menjadi tular apabila dengan beraninya wanita tersebut membuat pengakuan demi pengakuan di Facebook (FB), memuatnaik video di YouTube dan juga menubuhkan kumpulan di Telegram yang rata-rata berkisarkan tentang Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

- Advertisement -

Wanita yang lebih dikenali sebagai Sittah Annur, berusia 39 tahun ini juga mendakwa akan berlakunya ‘Perang Dunia Ketiga’ yang kononnya akan bermula di Sabah dan akan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Ia dalam usaha mengembangkan ajaran yang diasaskannya dan dikenali sebagai PMYT yang dipercayai sangat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

- Advertisement -

Asalnya PMYT diilhamkan oleh beliau sendiri yang asasnya adalah sebuah mimpi yang tidak diketahui akan kebenarannya.

Menurut Mufti Perlis Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin, menurut mimpi di dalam Islam sememangnya diiktiraf menerusi beberapa dalil namun ianya hanya membabitkan orang soleh dan bukannya seperti dakwaan mengarut yang dikatakan wanita berkenaan.

Individu yang berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan pelbagai media sosial untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik.

“Kumpulan ini bukan seratus, dua ratus pengikut, mereka ada ribuan pengikut termasuk menggunakan pelbagai platform media sosial untuk menyebarkan fahaman khurafat mereka,” kata Mohd Asri.

“Mereka (pengikut kumpulan PMYT) ini bergantung kepada mimpi wanita berkenaan yang membuat pelbagai ramalan terutama membabitkan kiamat.

“Ada dalam kalangan pengikut mereka yang sudah menjual rumah, membina rumah di dalam hutan, korek tanah untuk jadikan kubu dan bermacam lagi termasuk untuk memulakan perjalanan ke Syam bersama dengan Imam Mahdi,” katanya.

‘Peperangan dunia ketiga’

Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah juga mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW, sudah menampakkan bahawa ia sangat jauh dari landasan agama. Dia juga dipercayai sedang merangka perancanganan untuk keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

PMYT dikesan sudah mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara dan pengikutnya kini kian bertambah setiap hari. Bahkan, pengikutnya juga terdiri sahaja daripada orang kebanyakan, malah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah dan guru juga sudah terpengaruh.

Apa yang membimbangkan lagi, apabila dikatakan pesara kerajaan dan anggota polis serta tentera juga telah menjadi sebahagian kumpulan itu yang dikhuatiri sekiranya kebolehan dan pengetahuan mereka dimanipulasikan untuk perkara-perkara yang berbahaya kerana mereka ini terlatih kepada penggunaan senjata api terutamanya.

Ia boleh dikategorikan sebagai kumpulan kerana pergerakan ini bukan dilakukan secara individu akan tetapi ia dilakukan secara beramai-ramai dan mempunyai tujuan yang sama.

Malah, kumpulan PMYT itu kini sudah menggerakkan anggotanya untuk menyediakan peralatan seperti alatan memburu, cangkul dan makanan di beberapa negeri bersempadan di utara tanah air sebagai persediaan jika tercetusnya peperangan seperti yang diramalkan beliau.

Wanita itu juga telah pun menyenaraikan beberapa lokasi tertentu untuk anggota yang berasal dari Malaysia dan Nusantara termasuk Indonesia serta Brunei untuk bergerak ke tempat perlindungan sekiranya berlaku peperangan. Ia dikatakan merupakan tempat untuk berlindung dan berkumpul sebelum bergerak memerangi musuh.

Tambahnya, antara tempat yang dimaksudkan adalah seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang didakwa sebagai kubu pertahanan mereka untuk memerangi musuh sebelum menggerakkan pasukannya mencari Imam Mahdi.

Semakan di YouTube mendapati sekurang-kurangnya saluran digunakan wanita terbabit sudah mendapat lebih 2,000 langganan dan telah memuat naik sebanyak 74 video.

Video perkongsian wanita itu kebanyakannya berkaitan peperangan dan pertemuannya dengan Nabi Muhammad SAW yang secara purata ditonton antara lebih 1,000 hingga 48,000 tontonan.

Guna nama agamawan yang berpengaruh, dan tokoh pemimpin

Jika dilihat di dalam video yang di tampilkan, wanita tersebut menggunakan beberapa nama yang terkenal  seperti beberapa nama sultan, putera mahkota di Malaysia, presiden dan juga beberapa tokoh agamawan yang terkenal di dalam dan luar negara tang dikatakan akan menjadi pemimpin mereka selepas peperangan tercetus.

Bagaimanapun, menurut sumber, nama-nama yang disebutkan tidak mempunyai kaitan langsung dengan agenda yang dilakukan.

“Kita percaya ini hanyalah cara wanita itu untuk meyakinkan pengikutnya. Malah, agamawan disenaraikannya itu juga tidak tahu mereka dalam senarai yang dipilih menjadi khalifah ajaran itu.

“Tindakannya menyebabkan kegentaran awam, malah dipercayai mahu menggunakan pengaruh tokoh negara, pemimpin dan agamawan untuk tambah pengikut,”¬†katanya.

Organisasi yang dijalankan wanita tersebut dipercayai sangat tersusun malah mereka juga didalam perancangan untuk melarikan diri ke kawasan pendalaman demi kelangsungan hidup sebelum keluar dari Malaysia dan akhirnya keluar dan bersatu mencari Imam Mahdi.

Difahamkan juga, selain menggunakan platform media sosial, golongan profesional juga dikatakan mempercayai apa yang dikatakan wanita tersebut kerana ada beberapa ramalan yang disebutkan wanita itu, menjadi kenyataan.

“Kebetulan (ramalan) berasaskan logik itu menyebabkan pengikutnya makin taksub kepada wanita berkenaan” katanya.

Perancangan yang sangat teliti

Pergerakan perancangan PMYT sangat teliti dan tersusun membabitkan 29 lokasi di seluruh negara.

Berdasarkan sumber, sebanyak 29 lokasi berkumpul iaitu 14 di Sabah serta Sarawak dan 15 lokasi di Semenanjung untuk pergerakan kumpulan itu.

Peta lokasi berkumpul bagi pengikut ajaran ini sangat terperinci termasuk poin peta lokasi sebenarnya sehingga kepada pergerakan mereka.

Menurutnya, perancangan teliti dilakukan itu membuktikan kumpulan ini sangat tersusun, malah pengikutnya juga terdiri daripada pesara serta petugas badan beruniform yang terdedah dengan latihan dan penggunaan senjata api nyata sangat berisiko kepada keselamatan negara.

Kumpulan ini sudah mengenal pasti enam lokasi untuk dijadikan penempatan atau bunker iaitu dua di Semenanjung dan empat di Sabah serta Sarawak.

“Berdasarkan maklumat kita, mereka meletakkan sasaran untuk pembinaan kubu kumpulan ini di sekitar Kota Putra, Kuala Nerang, Kedah dan satu lagi lokasi adalah sekitar di Hutan Belum, Perak.

“Jika kita lihat semula poin penempatan sementara ini adalah terletak berhampiran sempadan,” katanya.

Di samping itu, sumber itu berkata, ia adalah lokasi penempatan atau tempat berkumpul sementara untuk pengikut PMYT tempatan serta pengikutnya daripada negara jiran berhimpun sebelum mereka bergabung di satu lokasi di utara Semenanjung.

Katanya, kumpulan terbabit turut mewujudkan aliran pergerakan kumpulan mereka termasuk komposisi setiap kumpulan berkenaan termasuk meninggalkan mesej sulit bagi pengikut yang berada di belakang laluan itu.

“Kumpulan ini menyatakan penempatan sementara itu perlu dilaksanakan untuk mengelakkan daripada dikesan ‘musuh’ seperti yang diramal oleh ketua mereka.

“Ketua ajaran ini juga mewujudkan sistem pengecaman menerusi pemakaian tagging berwarna untuk pengikutnya dan setiap warna berkenaan akan melambangkan negeri yang diwakili oleh seseorang individu.

“Kumpulan ini sudah menetapkan lima zon mewakili seluruh negeri di negara ini dengan warna tertentu, termasuk dua warna untuk pengikut dari Brunei serta Indonesia,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL