spot_img

‘Sittah Annur’ Ditahan Polis, Jumpa Resit Berjumlah RM84,721.42

- Advertisement -

KETUA  ajaran sesat PMYT yang tular di media sosial baru-baru ini telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya di Shah Alam sekitarnya jam 1 pagi.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata penahanan suspek wanita berusia 39 tahun itu hasil serbuan di rumah berkenaan pada jam kira-kira 1 pagi.

Difahamkan juga, ketika ini polis sedang giat menyiasat ajaran PMYT dari pelbagai sudut, dan mengikut laporan Bernama semalam, polis telah pun mengambil keterangan  seorang wanita bergelar Sittah Annur yang dikaitkan dengan ajaran didakwa bertentangan dengan Islam, iaitu Perjalanan Mimpi Yang Terakhir ( PMYT) .

- Advertisement -

Menurut sumber juga, sepasukan polis telah mengambil keterangan Sittah Annur, manakala suaminya dan juga pengikut rapat wanita tersebut juga telah dirakam percakapan untuk penelitian pelbagai dakwaan.

Tindakan Sittah Annur yang menyebarkan pemahaman mengenai PMYT boleh menimbulkan kegusaran umum serta mengganggu-gugat ketenteraman awam, serta boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berkaitan.

Setakat ini, Sittah Annur juga dipercayai menggunakan pelbagai medium media sosial untuk menyebarkan PMYT serta ia juga digunakan sebagai cara untuk  berinteraksi bersama pengikutnya.

- Advertisement -

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai seorang wanita bergelar Sittah Annur dikaitkan dengan PMYT dan mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Malah wanita tersebut juga dikatakan menggunakan beberapa nama para agamawan dan juga sultan terkenal bagi menyakinkan dakwahnya.

- Advertisement -

Wanita itu juga mendakwa dirinya memiliki keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa akan berlaku pada masa depan.

Bahkan apa yang pelik, dia juga mendakwa dirinya telah ‘melawat’ neraka dan syurga malah boleh berinteraksi secara sedar dengan para malaikat.

Semalam juga, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dilaporkan berkata isu serta kegiatan wanita itu masih dalam kawalan, dan PDRM tidak boleh terburu-buru bertindak kerana perlu mengumpul maklumat lengkap dalam siasatan dengan turut membabitkan jabatan lain, termasuk jabatan agama Islam.

Justeru itu, ajaran sesat wanita ini turut mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Menerusi serbuan yang dibuat rumahnya, pihak polis telah menemui sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42.

Turut dirampas bersama adalah lima telefon pintar, sekeping kad bank dan sepasang telekung yang dipercayai digunakan beliau sewaktu membuat Facebook Live.

“Siasatan juga mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang itu adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajarannya itu”.

“Peniaga wanita yang sudah berumah tangga itu sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ulas Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni.

Basri berkata, permohonan tahanan reman terhadap suspek dipohon dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September ini.

Sittah Annur sebelum ini difahamkan telah menyebarkan cerita mengenai mimpinya. Dalam mimpi tersebut dia mengata bahawa peperangan secara besar-besaran akan berlaku.

Ia menimbulkan pelbagai persepsi dari pelbagai pihak sehinggakan sesetengah pengikutnya difaham telah merangka perancangan untuk berkumpul di suatu tempat.

Bukan itu sahaja, diantara ‘kehebatan’ yang di dakwa terhadap dirinya adalah seperti boleh berbicara langsung dengan Allah SWT, para malaikat dan juga Nabi Muhammad SAW.

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan sesiapa sahaja yang menghalangi dirinya daripada menyebarkan mimpi tersebut, maka Allah SWT akan mencabut nyawanya.

Namun, di dalam Channel Telegram beliau, beliau berulangkali menyatakan bahawa mimpinya itu benar serta segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah.

Sumber : Berita Harian

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL