spot_img

(Video) Mayat Penumpang Myvi Yang Tular Semalam, Ditemui

- Advertisement -

TULAR di media sosial semalam apabila sebuah kenderaan jenis Produa Myvi dikatakan hanyut di Jalan Kionsom Lama, Inanam, Kota Kinabalu semalam.

Kejadian yang sempat dirakam oleh seorang pemandu di belakangnya itu tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen serta pihak berkuasa.

Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan kereta Myvi tersebut dibawa arus deras dan misi pencarian telah dimulakan dari semalam sehinggalah hari ini.

- Advertisement -

Difahamkan Myvi tersebut dikatakan meredah banjir yang berlaku di Jalan Kiansom sebelum dibawa arus deras dan terjunam ke dalam Sungai Dambai.

Menurut laporan, pihak bomba yang bertugas berjaya menemui kenderaan tersebut jam 7.20 pagi ini dengan bantuan penduduk kampung disekitarnya.

Dalam pada itu, pegawai Kanan Bomba, Kenneth Wilfred berkata, kenderaan berkenaan ditemukan penduduk kampung pada pukul 7.20 pagi tadi dan usaha menarik keluar kenderaan yang tertimbus pasir berjaya dilakukan pada pukul 11.28 pagi.

- Advertisement -

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menarik keluar kenderaan dengan bantuan penduduk kampung menggunakan dua pacuan empat roda.

Sebaik sahaja kenderaan itu berjaya dibawa keluar, kita menemukan seorang penumpang lelaki, Juning Maturun,37, yang berasal dari Kampung Kionsom lama.

- Advertisement -

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu, Simon Sanga Tupe, 68, masih belum ditemukan. Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua diteruskan,” katanya.

Beliau juga berkata, operasi pencarian mangsa kedua masih dijalankan sehingga kini oleh pasukan bomba dengan bantuan polis dan juga penduduk kampung.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL