spot_img

6 Tempat Di Dunia Matahari Tidak Pernah Terbenam

- Advertisement -

SUDAH menjadi rutin masa berputar sekitar 24 jam sehari, dengan cahaya matahari sekitar 12 jam, dan bakinya pula tersisa untuk waktu malam. Tetapi, tahukah anda bahawa ada tempat di seluruh dunia di mana matahari tidak terbenam selama lebih dari 70 hari?

Pelancong yang berkunjung juga sangat tertarik dengan fenomena tersebut dengan mencatat waktu peredaran masa ketika berada di sana.  Walau bagaimanapun penduduk tempatan di sana dikhabarkan keliru dengan kejadian tanpa matahari yang tidak terbenam selama lebih 70 hari.

Berikut adalah 6 tempat di Bumi di mana matahari tidak pernah terbenam

1. Norway

- Advertisement -

Norway, yang terletak di Lingkaran Artik juga dikenali sebagai Tanah Matahari Tengah Malam (Land of the Midnight Sun) di mana  ia bermula pada bulan Mei sehingga akhir Julai. Matahari di sini pada waktu tersebut sebenarnya tidak pernah terbenam. Ia bermaksud selama lebih kurang 76 hari, matahari tidak pernah terbenam.

Di Svalbard Norway pula, cahaya matahari akan terus menerus terpancar sekitar 10 April hingga 23 Ogos. Ia juga merupakan wilayah paling utara yang dihuni di Eropah.

2. Nunavut, Kanada

- Advertisement -

Nunavut, Kanada Nunavut merupakan sebuah bandar dengan lebih 3000 penduduk yang menghuninya. Ia terletak di dua darjah di atas Lingkaran Artik, di Wilayah Barat Laut Kanada.

Tempat ini juga difahamkan mengalami fenomena yang sama dimana matahari terus menerus menerangi wilayah tersebut selama dua bulan. Manakala pada musim sejuk pula, tempat ini berada dalam kegelapan sekitar 30 hari berturut-turut.

- Advertisement -

3. Iceland

Iceland adalah pulau terbesar di Eropah selepas Great Britain. Ia juga terkenal sebagai negara yang tidak mempunyai nyamuk.

Semasa musim panas, malam juga kelihatan cerah di Iceland, sekitar bulan Jun yang sebenarnya matahari tidak pernah terbenam sekitar bulan tersebut.

Untuk melihat Matahari Tengah Malam dengan penuh keindahan, bolehlah mengunjungi bandar Akureyri dan Pulau Grimsey di Lingkaran Artik.

4. Barrow Alaska

Barrow Alaska pula tidak mengalami matahari terbenam sekitar akhir Mei hingga akhir bulan Julai  yang kemudian bertukar pada  awal November untuk 30 hari berikutnya.

Ia dikenali sebagai malam kutub. Ini juga bermaksud bahawa negara ini tetap berada dalam kegelapan pada bulan-bulan musim sejuk yang hebat.Bahkan ia juga terkenal dengan gunung yang diliputi salji dan glasier yang sangat memukau mata.

5.Finland

Tanah yang mempunyai beribu-ribu tasik dan pulau ini, iaitu sebahagian besarnya Finland dapat melihat sinar matahari terus menerus selama 73 hari pada musim panas.

Selama ini, matahari akan terus bersinar sekitar 73 hari termasuklah pada waktu malam, sedangkan pada waktu musim sejuk, wilayah ini tidak dapat langsung melihat sinar matahari.

Ini juga salah satu sebab mengapa orang di sekitar sini mengurangkan waktu tidur pada musim panas, dan lebih banyak meluangkan masa tidur ketika musim sejuk.

6.Sweden

Dari awal bulan Mei sehingga akhir Ogos, Sweden melihat matahari terbenam sekitar tengah malam dan terbit sekitar jam 4 pagi di negara tersebut.

Di sini, jangka masa cahaya matahari berterusan berkemungkinan berlangsung selama enam bulan dalam masa setahun.

Pada waktu tersebut kebanyakan penduduk di situ akan melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain golf pada waktu malam , mengembara dan sebagainya.

Walaupun jangka masa tersebut paling lama diantara ke enam-enam tempat, bagaimanapun penduduk sekitar menyukai akan fenomena tersebut. Ia bukan sahaja menjadi salah satu tarikan bagi pelancong akan tetapi fenomena tersebut yang berlaku di beberapa tempat sahaja dan menjadikan waktu tersebut hari yang istimewa.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL