spot_img

Bosan Tinggal Di Bumi? Hotel Paling Termewah Di Dunia Bakal Dibuka Di Angkasa

- Advertisement -

TIDAK terfikir dek akal apabila wujudnya sebuah hotel mewah di angkasa. Dikhabarkan hotel tersebut bakal dibuka pada tahun 2027 sebagai tahun pelancarannya.

Projek hotel mewah ini sebenarnya diasaskan oleh Orbital Assembly Corporation (OAC) dimana projek tersebut akan menjadi salah satu stesen angkasa komersial pertama dan dijangkakan dibina pada tahun 2025 selama 2 tahun sebelum dibuka kepada orang ramai dengan infrastruktur yang pelbagai dan disaluti dengan kemewahan.

Hotel ini dinamakan sebagai Stesen Voyager dan akan berada di orbit paling rendang dengan bumi serta mempunyai keselesaan graviti yang rendah. Ia bakal menjadi salah satu pengembaraan diluar jangkaan dan semestinya ia sangat luar biasa kerana berada di luar daripada bumi.

- Advertisement -

Dengan membawa gelaran ‘Hotel Mewah Pertama di Dunia’ ia juga dikatakan mampu menampung seramai 400 orang tetamu dalam satu-satu masa. Difahamkan ia bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar kepada tetamu mengenai ruang angkasa lepas dan keindahan yang sangat mengujakan.

Bahkan ia turut dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel di bumi iaitu gym, sauna, spa kesihatan malah ada juga laluan udara, air dan elektrik juga dibekalkan. Ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tinggi serta menyediakan sebanyak 44 buah kenderaan kecemasan (ERVs) yang akan membawa para tetamu balik ke bumi.

- Advertisement -

Difahamkan juga, perbelanjaan projek tersebut menelan hampir 25 juta yang menyediakan kemudahan yang di panggil sebagai Zero-G dimana tetamu akan diperkenalkan dengan teknologi angkasa seperti tidur di dalam beg khas yang dilekatkan pada dinding, menggunakan vacuum untuk tandas serta mengalami kehidupan seperti di makmal.

Selain itu, ia juga akan menyediakan Vila Mewah dimana penginapan mewah ini boleh ditempah selama seminggu, disewa selama sebulan, atau dibeli sebagai rumah percutian. Vila-vila mewah kami adalah 500 m2 (5,300 sf). Mereka mempunyai kemudahan memasak, tiga bilik mandi, dan tempat tidur untuk 16 orang.

- Advertisement -

Suite Hotel pula disediakan untuk perseorangan ataupun bersama pasangan. Suite ini boleh ditempah untuk perjalanan tiga hari atau menyewa selama sebulan. Dengan luas 30 m2 (320 sf), dan suite ini menawarkan bilik mandi peribadi, tempat tidur untuk 2 orang.

Kini tidak perlu risau lagi sekiranya bosan untuk tinggal di bumi maka bolehlah keluar daripada bumi dan tinggal di angkasa. Malah ia merupakan pengalaman yang sangat hebat bersertakan pembinaan yang sangat menakjubkan dengan kualiti teknologi yang paling canggih serta hebat.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL