Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Hanya Tanam Batu Nisan Sahaja, Jalan Berlubang Akhirnya Dibaiki Tidak Sampai 12 Jam
spot_img

Hanya Tanam Batu Nisan Sahaja, Jalan Berlubang Akhirnya Dibaiki Tidak Sampai 12 Jam

- Advertisement -

SEORANG lelaki telah bertindak meletakkan batu nisan di dalam lubang besar di tengah jalan telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Gambar yang dimuatnaik oleh Facebook Brotherhood Shah Alam itu telah menunjukkan seorang lelaki membina ‘kubur’ dari salah sebuah lubang besar di tengah jalan sekitar Klang.

- Advertisement -

Ia ditujukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan batu nisan itu dikatakan simbol bagi kehidupan pengguna jalan yang berisiko untuk mengalami kecederaan disebabkan jalan yang berlubang.

Selepas gambar itu viral, pihak berkuasa yang bertanggungjawab membaik pulih jalan tersebut telah hadir untuk memperbaiki lubang tersebut dalam masa kurang dari 12 jam. Sebuah video telah disiarkan di laman Facebook Brotherhood Shah Alam menunjukkan bahawa lubang itu telah dibaiki oleh pihak berkuasa.

Ikatan Silaturrahim Ikhwan adalah kumpulan aktivis keselamatan jalan raya yang terkenal dengan kerja-kerja amal seperti membaiki jalan menggunakan dana mereka sendiri.

- Advertisement -

Reaksi warga maya

“MPK hurrmmm cuba makcik buka payung tepi jalan, laju jer sampai” – Dania Daniel Darwisy

“Terima kasih pada team2 macam ni..kalau x,x ada siapa peduli” – Sha Khailina

- Advertisement -

“Terbaikkk ni namanya menjaga nyawa org awan adik ni the best.. korg contohi adik ni.. demi keselamatan nyawa semua cepat lah depa buat keja.. kalau x berbulan lah jalan tu lubangnya x ditampal.” – Sarimah Ahmad

“Boleh pulak cepat, ingat nak kena lalu birokrasi bagai berbulan-bulan baru siap kajian.” – Jamaal Creyshev

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL