spot_img

Kisah Pramugari Yang Terkorban Demi Penumpang

- Advertisement -

MEMILIKI pekerjaan sebagai pramugari bukanlah sesuatu yang mudah tetapi berkerjaya seperti pramugari merupakan satu pekerjaan yang elit. Pelbagai syarat yang ketat serta proses yang panjang membuatkan dunia penerbangan sulit untuk didapatkan.

Akan tetapi, dengan keuntungan yang besar, gaji yang lumayan, serta perjalanan karier yang kukuh menjadikan ia sebagai imbalan kepada kesulitan yang dihadapi. Bahkan untuk mencapai pencapaian yang terbaik juga mudah malah ia menjadikan sebagai batu loncatan untuk bekerja di perusahaan lain.

Dalam dunia penerbangan, selain pekerjaan juruterbang  yang sangat popular, pramugari juga memainkan peranan penting dari segi imej penerbangan. Peranan pramugari bukanlah sekadar memberikan layanan kepada penumpang tapi ia juga sebagai imej syarikat penerbangan tersebut.

- Advertisement -

Lihat saja di Malaysia, ternyata pramugari dan pramugaranya kelihatan cantik dan segak belaka, bahkan mereka juga mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi walaupun sekadar melayan penumpang diatas kapal.

Namun, menjadi pramugari bukan hanya sekadar melayan penumpang bahkan mereka juga boleh menjadi ‘penyelamat’ ketika kecemasan berlaku. Bahkan ia menjadi satu tanggungjawab yang amat berat sekiranya berlaku kecemasan semasa penerbangan.

Seperti kisah ini, ia adalah satu kisah dimana seorang pramugari difahamkan mengorbankan dirinya sendiri demi menyelamatkan penumpang.

- Advertisement -

Sekitar waktu pagi 5 September 1986, pesawat Pan Am yang berlepas daripada Mumbai, India kebiasaannya akan melakukan rutin hariannya iaitu membuat persinggahan di Karachi dan Frankfrut di Jerman Barat sebelum berlepas ke destinasi terakhir di New York, Amerika Syarikat.

Salah seorang pramugari yang bertugas ketika itu adalah Neerja Bhanot. Dia merupakan pramugari kanan untuk Pan American World Airways. Bagaimanapun, Neerja tidak menyangka bahawa kapal terbang tersebut akan dirampas oleh pengganas dan ia menjadikan penerangan terakhir buatnya.

- Advertisement -

Usianya yang baru mencecah 23 tahun itu telah menyelamatkan ratusan penumpang dalam rampasan yang mengambil masa selama 17 jam seterusnya dia menjadi wira pada saat itu sehingga kini akan tetapi pada akhirnya dia menjadi korban.

Pada masa kejadian, Neerja difahamkan baru setahun bekerja dengan Pan Am namun ketika itu, Organisasi Abu Nadal juga yang berasal dari Palestin semakin hebat menentang Israel dan sekutunya Amerika Syarikat kerana menyokong penahanan pemberontak Palestin.

Dalam pada itu, Organisasi Abu Nadal telah melancarkan perancangan mereka untuk merampas pesawat Pan Am Flight 73 dengan tujuan menukar laluan ke Cyprus dan Israel dalam usaha membebaskan tahanan Palestin.

Semasa kejadian rampasan, pesawat tersebut membawa seramai 394 penumpang dewasa, 9 kanak-kanak , seorang kakitangan Amerika Syarikat, dan seramai 13 orang pembantu penerangan yang kesemuanya dari Mumbai India. Seramai 109 penumpang turun di Karachi manakala penumpang baru pula masih berada didalam bas dal perjalanan dari terminal ke pesawat.

Neerja atas dari kanan bersama rakan tugasnya

Tragedi rampasan bermula

Tragedi rampasan bermula sekitar jam 6 pagi dimana empat orang pengganas telah menyamar sebagai pasukan keselamatan dengan memandu sebuah van yang diubahsuai seperti kenderaan lapangan terbang kemudian menghampiri Pam Am Flight 73.

Mereka kemudian melepaskan beberapa das tembakan di luar pesawat dan mengakibatkan dua orang kakitangan Kuwait Airlines terkorban. Selepas itu, mereka masuk ke pesawat dan melepaskan lagi tembakan amaran kemudian mengarahkan pramugari untuk menutup pintu pesawat.

Tindakan pantas dan berani Neerja

Semasa detik cemas itu berlaku, Neerja bertindak pantas dan berani dengan menghubungi juruterbang untuk memberikan amaran kepadanya. Selepas mendapat amaran daripada Neerja, juruterbang bertindak untuk menghubungi pihak berkuasa lapangan terbang sebelum keluar melalui pintu kecemasan. Tindakan mereka itu sekaligus menyebabkan pesawat Pan Am itu gagal berlepas.

Apabila seorang pengganas membuka pintu kokpit, beliau terkejut apabila melihat ruang memandu kapal terbang itu kelihatan kosong. Berang dengan kejadian itu, pengganas mula mengugut untuk menembak tahanan sekiranya pihak berkuasa lapangan terbang tidak menyediakan juruterbang untuk mereka.

Semasa perbincangan berlaku, Pengarah Pan Am di Kirachi iaitu Viraf Dogoro telah berjanji akan memberikan juruterbang baru dalam masa sejam akan tetapi pihaknya tidak menunaikan janji tersebut. Ia membuatkan pengganas mula mengotakan janji mereka dengan membunuh tahanan.

Dengan ganasnya, mereka menarik seorang warga Amerika Syarikat yang bernama Rajesh Kumar ke pintu pesawat kemudian menembak kepala dan tubuhnya sebelum mencampak mayatnya kebawah pesawat. Tindakan mereka itu juga disaksikan oleh pihak berkuasa dan ia menjadikan situasi ketika itu menjadi lebih tertekan.

Empat jam kemudian, pengganas mengarahkan pramugari untuk mengutip kesemua passport milik penumpang. Akan tetapi, sekali lagi Neerja bertindak menyembunyikan passport salah seorang warga Amerika kemudian membuangnya ke dalam tong sampah.

Dia mendakwa tidak ada penumpang yang mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat sambil terus menyediakan makanan dan minuman untuk para penumpang supaya keadaan menjadi lebih tenang ketika itu.

Ketika itu juga, salah seorang pengganas yang bernama Safarini mengakui bahawa dia juga tidak suka akan keganasan serta pembunuhan ketika itu akan tetapi mendakwa bahawa Israel dan Amerika Syarikat telah memusnahkan negaranya iaitu Palestin.

Terkorban ketika melindungi penumpang

Selepas 17 jam rampasan berlaku, secara tiba-tiba bekalan elektrik pesawat terputus. Neerja ketika itu, mengambil kesempatan di dalam gelap gelita dengan membuka pintu kecemasan dan mengarahkan penumpangnya keluar melalui gelongsor yang disediakan oleh pasukan keselamatan di luar pesawat.

Keadaan gelap gelita itu juga menyebabkan pengganas ketika itu gagal untuk menembak bahan letupan yang cukup untuk membunuh ke semua penumpang. Namun mereka hanya berjaya meletupkan sebahagian kecil bom sahaja dan ia tidak mencukupi untuk meletupkan keseluruhan pesawat tersebut.

Disebabkan kegagalan itu, pengganas difahamkan mula menembak secara rambang ke arah tempat duduk penumpang. Neerja dikatakan terkorban semasa tembakan rambang itu ketika sedang melindungi tiga orang kanak-kanak. Neerja meninggal dunia di tempat kejadian sehari sebelum hari lahirnya ke 24 tahun.

Akan tetapi, ia menjadi perdebatan sehingga kini apabila seorang mangsa yang terselamat semasa rampasan itu, menyatakan bahawa Neerja meninggal bukan disebabkan tembakan rambang tersebut. Namun, dia mengata bahawa ia adalah tembakan secara sengaja di mana ketika kejadian tersebut Neerja telah ditarik rambutnya dan ditembak secara jarak dekat apabila pengganas mengetahui Neerja cuba melindungi penumpang.

Dalam pada itu, satu unit khas tentera Pakistan telah berjaya menangkap empat pengganas dan seorang lagi rakan subahat mereka yang berada di luar. Apa yang malangnya, seramai 53 orang telah menjadi korban rampasan itu.

Walaupun telah terkorban dalam kejadian tersebut, Neerja juga telah dianugerahkan pelbagai pingat di atas keberaniannya itu. Dan untuk mengingati wirawati tersebut satu filem Neerja telah dilakon semula bagi memperingati wirawati Neerja Bhanot.

Filem Neerja

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL