spot_img

Usahawan Kongsi “Pengajaran” Miliki Kereta Mewah, Beli RM380K Jual Balik Hanya RM85K

- Advertisement -

TIDAK dapat dinafikan harga sesebuah kenderaan akan susut sebaik sahaja ia dibeli dan keluar daripada ruang pameran. Namun kisah usahawan syarikat Ayam Bismi ini pasti akan membuat anda berfikir lebih panjang untuk membeli kenderaan selepas ini.

Melalui perkongsian yang dibuat di akaun Facebook miliknya, Jaffri Ahmad Lan Bismi berkongsi bagaiamana keputusan yang dibuat pada 2016 untuk membeli kereta mewah jenama Audi itu menjadi pengajaran berguna dalam hidupnya.

- Advertisement -

“Saya beli kerana mengikut sahabat-sahabat tauke ayam yang lain menggunakannya.”

“Nak sama standard la,” jelasnya.

Kereta tersebut yang dibeli pada 2016 itu bagaimanapun menurutnya terpaksa dijual selepas tiga tahun kerana terlalu banyak kerenah remeh yang perlu diuruskan.

- Advertisement -

Mengakui kereta tersebut memang berkuasa tinggi, namun sedikit kerosakan sahaja pasti akan membuatkan pemilik ‘susah hati’.

“Sedikit kerosakan saja pening nak selesaikan, sensor sana sensor sini.”

“Kalau bawa berkuasa giler, 300 horsepower tetapi menyala saja lampu mana-mana sensor,mula susah hati.”

- Advertisement -

“Akhirnya tahun (2019) saya menjualnya pada harga RM85,000, harga beli berapa? RM380,000,” kongsinya.

Sedangkan lori yang dibeli untuk kegunaan syarikatnya pada tahun sama dengan harga RM260,000 pula tidak mempunyai sebarang masalah dan masih lagi menjadi aset berharga kepada perniagaannya.

Malah dia juga menjelaskan nilai yang dibayar untuk kereta mewah Audi itu juga sebenarnya mampu membantu beliau mengembangkan perniagaan ternakan miliknya jika tidak membeli kereta tersebut.

“Nilai yang sama dengan Audi tu boleh membuat sebiji reban ayam dan terus menjadi pendapatan kepada syarikat.”

“Itulah pelajaran yang perlu dibayar dalam kehidupan.”

“Berhati-hati lah dalam membuat apa-apa keputusan, rasional lah,” pesannya.

Sumber:

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL