spot_img

Selepas Menjalankan Misi Di Palestin, Caprice Pulang Ke Malaysia Hari Ini

- Advertisement -

KONTROVERSI  yang melibatkan tiga pihak diantara Ebit Lew, Nadir, dan juga Caprice menjadi punca kenapa rakyat Malaysia ternanti-nanti adakah Caprice akan balik ke Malaysia sekiranya kerajaan telah bertukar tangan.

Menurut laporan, penyanyi rap, Caprice akhirnya pulang ke Malaysia hari ini selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.

Beliau memuatnaik status di saluran Telegram beliau, MudaUmmah pada malam tadi.

- Advertisement -

“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penerbangan mahu pun ketibaannya pada hari ini.

- Advertisement -

Dia sebaliknya hanya memaklumkan berkenaan kiriman barang-barang tempahan orang ramai.

Tambahnya lagi, sebaik tiba di tanah air dia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuklah menjalani kuarantinkan kendiri sebelum memulakan kembali aktiviti perniagaan yang lama tertangguh.

- Advertisement -

Caprice juga difahamkan akan menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus urusan penghantaran tempahan barangan seperti jaket hoodies, tasbih dan buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.

“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri kerana kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” tulisnya lagi.

Justeru itu, beliau turut memohon maaf berikutan kelewatan atas urusan berkenaan disebabkan menyelesaikan misi kemanusiaannya.

Terdahulu, dia pernah memberitahu bahawa dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaaan di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.

Selain itu namanya juga terkait dengan soal birokrasi dan kegagalan memasuki Palestin. Namanya Caprie turut menjadi panas perbualan netizen apabila diminta memberi keterangan kepada polis berhubung beberapa isu fitnah terhadap Ebit Lew.

Sumber : Malaysia Gazette

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL