spot_img

Telatah Pemuda Ini Ditegur Polis Ketika Bergambar Undang Reaksi Ketawa Wargamaya

- Advertisement -

BERGAMBAR bersama pakaian dan kenderaan adalah satu trend yang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat kita terutama golongan muda di luar sana. Pantang ada peluang, mesti ada sahaja gambar yang ingin diambil untuk dikongsi bersama rakan dan followers di media sosial.

Jika kebiasaannya, orang ramai pasti tidak akan mengendahkan perbuatan tersebut dan mereka biasanya akan berlalu pergi sahaja setiap kali melihat telatah orang-orang muda ini.

Namun dengan situasi perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa ketika ini, seorang lelaki menerima ‘teguran manis’ daripada pihak polis ketika cuba bergambar baru-baru ini.

- Advertisement -

Melalui perkongsian video yang tular di Twitter, lelaki tersebut yang sedang bersiap untuk mengambil gambar bersama motosikal dan ‘kasut berlampu’ miliknya di tepi jalan mengundang ketawa netizen apabila rakannya berkongsikan pengalaman dia ditegur itu.

“Okay encik lepas ambil gambar beredar ya.”

“Jangan kumpul-kumpul, saya bagi dua minit saja,” laung polis melalui pembesar suara.

- Advertisement -

Perkongsian yang dibuat rakannya itu sudah pun mendapat hampir 100,000 tontonan dengan rata-rata netizen tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat lelaki tersebut.

“Ingatkan nak terbang, polis tu macam faham saja anak-anak muda zaman sekarang, bukan main serius polis tu, hahaha.”

“Mati-mati aku ingat benda halus tegur ke apa tadi last-last rupanya abang Polis,” komen netizen di perkongsian tersebut.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

 Antara lagi reaksi warga maya

“Nsb bek kasut bila pijak xde kuar lagu… Xpon yg bunyik kecepet….. Kecepet……” – Intan Suriyati Omar

“Aku syak polis tu berkekekek gelak dlm kete peronda tu.. “ – Hadziq Razak

“nike air mag ke 2? Boleh swap dengan rx-z rm70k, siap ada baki lagi.” – Asril Norman

“Klu ada polis bole budi bicara lg. Klu ada tentera skli susah la nk lepas. Tegas oo army. Ad org kna masa dkt pulau. Yg kna masa pkp taw la. Baru tw nk hargai polis, ak nasib polis lpas. Mcm2 alasan bg. Ak bhnti tp pantai tngh wasap mmber pasal duit. Kwasan rekreasi, pantai dilarang masa tu. Tmbh2 malam2 plk. Last dia pesan nasib kmi yg jmpa. Jmpa dkt org lain kna la rm1k pa. Balik2 yg pnting minta maaf bhai. Maaf. Ada peluang nk lepas.” – Mohamed Syarif

“Tu namanya budi bicara dari PDRM. Lagi tak respek sesetengah rakyat Malaysia kat PDRM. Terbaek Abg Polis naikan imej PDRM” – Abdullah Abdul Hamid

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL