spot_img

(Viral) Demi Duit Lelaki Ini Tipu Cerita Kematian 14 Orang Ahli Keluarganya Akibat Covid19, Sumbangan Yang Diterima Bernilai RM91k

- Advertisement -

APABILA melibatkan kematian, bencana, atau apa saja tragedi mahupun kesempitan hidup pastinya akan ada individu yang mahu menyumbang bantuan kewangan kepada mangsa terbabit bagi meringankan bebanan mereka.

Bahkan, ia sudah menjadi lumrah di negara kita untuk saling membantu kepada yang memerlukan kerana kita hidup bermasyarakat. Malah semasa pandemik Covid19 melanda negara kita telah banyak rekod-rekod kematian akibat jangkitan Covid19. Ini sebenarnya memberikan tamparan yang hebat bagi ahli keluarga mereka.

Tetapi, lain pula dengan kes ini. Berani sungguh lelaki ini menjaja cerita pasal kematian keluarganya. Apa tidaknya, seorang lelaki juga pekerja kontraktor syarikat Petronas telah ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu yang kononnya beliau telah kehilangan 14 orang ahli keluarganya akibat jangkitan Covid19.

- Advertisement -

Hasil daripada penipuan tersebut, beliau dikatakan berjaya meraih sumbangan derma sebanyak RM91 ribu hasil kutipan yang dibuat sekitar bulan Jun 2021.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritendan Hussin Zamora berkata dalam kenyataannya, suspek berumur 45 tahun itu telah pun ditahan polis semalam selepas hadir ke Balai Polis Bayu Damai kerana dipercayai ingin membuat laporan untuk membela dirinya.

- Advertisement -

Difahamkan juga, ia menjadi tular di media sosial menerusi Facebook dan Whatsapp selain mendakwa beliau sedang berdepan dengan ujian yang amat berat akibat kehilangan ahli keluarganya. Taktik yang digunakan itu berjaya menarik simpati daripada orang ramai dengan memberikan sumbangan derma ke akaun bank peribadi milik suspek.

Salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Fdaus Ahmad turut memuatnaik status dengan pernyataan yang sedih dan kecewa akibat ditipu oleh rakan kerja beliau.  Sebelum itu beliau juga sempat telah memuatnaik satu status ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga suspek.

- Advertisement -

Justeru kejadian itu, pihak Petronas telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengan kes tersebut. Dalam pernyataanya, mereka telah mengesahkan bahawa salah seorang daripada pekerja kontraktor di Pengerang Integrated Complex telah pun ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat tuntutan palsu kehilangan ahli keluarganya akibat Covid19.

Pihak Petronas juga memaklumkan bahawa mereka akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan kes tersebut.

Suspek kini di reman selama empat hari untuk membantu siasatan manakala kes pula disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memuatnaik status mengenai kes tersebut dan kecewa apabila mengetahuinya adalah satu penipuan. Bukan itu sahaja, ramai yang tertipu dengan helah yang dilakukan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL