spot_img

Kerajaan Dikritik Bina Lebuh Raya Hanya Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

- Advertisement -

PERANCANG dan pengurusan bandar bukanlah tugas yang mudah. Mereka perlu mengkaji setiap lokasi dengan teliti bagi mengelak daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

Namun, di Mesir mereka telah menjalankan satu projek lebuh raya yang membangkitkan kemarahan ramai orang. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang jadikan kejadian ini sebagai bahan jenaka.

- Advertisement -

Jambatan Teraet Al-Zomor yang sedang dalam pembinaan, juga dikenali sebagai Raja Salman Axis telah mendapat perhatian rakyat Mesir apabila pembinaannya begitu dekat dengan bangunan kediaman warga Mesir.

Secara perspektif, bahagian tepi jambatan lebuh raya tersebut dikatakan hanya berjarak sekitar 50 sentimeter dari bangunan kediaman. Ini bermaksud bahawa lebuh raya itu dapat dicapai dari balkoni rumah orang.

- Advertisement -

Selain jumlah pencemaran yang melampau jika jambatan ini siap nanti. Nasib para peniaga dan penduduk yang tinggal di bawah lebuh raya itu turut diperdebatkan. Mereka yang berada di tingkat bawah akan terkesan dengan kegelapan kerana jumlah cahaya yang masuk dihalang oleh jambatan tersebut.

Jambatan ini dilaporkan terletak di Giza Governorate, melalui Jalan Nasr El-Din di Al-Haram, Kaherah. Panjangnya 12 kilometer dan lebarnya adalah 65.5 meter. Ia dianggarkan berharga sekitar 5 bilion pound Mesir, atau hampir 317 juta dolar AS.

- Advertisement -

Orang ramai sudah membantah pembinaan jalan raya ini. Mereka memberi alasan bahawa lebuh raya ini akan menimbulkan masalah keselamatan kepada orang ramai.

Anggota Parlimen Mohamed Fouad telah mendesak untuk mempertimbangkan semula projek pembinaan, dengan menyatakan bahawa ia tidak hanya membahayakan penduduk secara fizikal dan privasi, tetapi juga secara langsung akan mempengaruhi perniagaan yang terletak di bawah lebuh raya.

Reaksi beberapa wargamaya

“Dulu kawan aku study kat mesir, dia kata awal2 excited nak belajar kat sana. Bila dah tinggal sana, dia rasa menyesal sebab dekat mesir tak ada sistem yang betul. Diorang main langgar je. Buat jalan dan rumah pon sesuka hati.” – Afifah Salleh

“Ini hardcore punya planner. Bina je dulu..Kemudian baru buat program penempatan semula..Bila hidup dh bergelap mcm tu, mesti ramai yg akur beepindah.. Kalo nk runding2, 10 tahun pun belum tentu start pembinaan.” – Faiz Al Ramlan

“So korang semua bersyukurla dok Malaysia and bygkn kehidupan sy di Mesir.. hahaha
Nasib baik sy dok Alexandria. Kalau kt Cairo mau hari2 nangis tepi bucu katil nk balik Malaysia..” – Zaza Razali

“Mesti menyumpah seranah orang yang duduk tingkat 4 tu. Bila2 masa je kereta boleh terbabas masuk dlm rumah. Yang duduk tingkat 3 tu pulak gelap masa depan. Bukak pintu balkoni je nampak simen. Cahaya semua kena block.” – Salfarina Ruzlan

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL