spot_img

Pekerja “Hancurkan” Ferrari GTC4Lusso Milik Majikan Kerana Berang Gaji Tak Dibayar

- Advertisement -

SEORANG pekerja berang dengan majikannya yang gagal membayar gaji dan dia telah bertindak dengan melanggar kereta Ferrari milik majikan dengan sebuah trak kontena.

Foto di atas diedarkan secara meluas di pelbagai platform media sosial beberapa bulan lalu. Kelihatan sebuah trak besar diletakkan dengan ‘santai’ di atas Ferrari GT4Lusso. Kejadian ini berlaku di Chicago, Amerika Syarikat.

Dilaporkan, salah seorang dari pekerja iaitu pemandu trak kontena tersebut mengatakan bahawa pemilik Ferrari enggan membayar gajinya.

- Advertisement -

Disebabkan marah dan kesal kerana haknya tidak dipenuhi, pemandu trak itu bertindak meletakkan lori kontenanya di atas kereta kegemaran milik majikannya.

Sementara sumber lain mengatakan bahawa pemandu trak itu marah setelah apa yang dijanjikan oleh pemilik syarikat kepadanya tidak ditunaikan.

- Advertisement -

Pemandu trak itu telah diminta untuk mengirim barang ke suatu daerah, dia dilaporkan telah dijanjikan dengan bayaran dan pembiayaan perjalanan. Tetapi setelah pulang dari menghantar barang, pemandu trak tersebut tidak mendapat apa yang dijanjikan.

Pemandu lori itu, yang tidak disebutkan namanya, telah bertanya kepada rakannya mengenai Ferrari GTC4Lusso yang diletakkan di satu sudut jalan. Setelah mengetahui bahawa itu adalah kenderaan milik majikannya, dia segera melakukan tindakan tersebut.

Reaksi beberapa wargamaya

- Advertisement -

“Cara sebetulnya kau sungkup kepala dia guna guni,pastu tibai sampai kicap.pastu gerak.Simple” – Mohamad Aliff

“Kerja sia-sia.. pemilik claim insurance.. pelaku kedalam palang besi. Lain kali langgar tuan kereta, baru berbaloi” – Wan Fajree Wan Sauzi

“Wayoo..tak kene saman ka dia langgar kereta majikan nye..lgi menambahkan masaalah ade la tu,dh kecoh2 mcm tu compom majikan nye kasi gajinye,tup tup lpas dh cerita kt mahkamah gajinye berpatah balik pulak nanti dkat majikan nye sbb kne bayar saman kereta yg dh di rempuh tu” – Nur Khuzairi

“Kalau aku jadi pekerja tu. Aku buat lebih dari itu… (fikir2kan lah). Nasib ada epf, buat back up. BPN, BSH, ASB, BSN, KPN, JPN… kan adaaaaa!!” – Mohd Safree Leonard Pritchard

“Ramai majikan mcmni, org kita jarang kena tapi buruh binaan macam Indonesia, bangla yg masuk kosong selalu kena. Salah tetap salah, langgar undang2. Tapi bab hak dia kenapalah ada majikan nafikan.. org tu kerja utk keluarga kat kg sane.” – Mohd Faezuan

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL