Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Berita TV3 Temukan Kembali Gelandangan Dengan Keluarga Terpisah Lebih 20 Tahun
spot_img

Berita TV3 Temukan Kembali Gelandangan Dengan Keluarga Terpisah Lebih 20 Tahun

- Advertisement -

MUNGKIN agak sukar untuk dipercayai namun itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Johor apabila ‘menemui’ kembali ahli keluarga mereka yang terpisah sejak 1996 melalui laporan berita yang disiarkan di kaca TV.

Menurut laporan portal tempatan yang memetik pengguna Twitter, MohdFaizalHasan kejadian itu berlaku melalui satu laporan berita oleh TV3 yang menemubual golongan gelandangan di ibu kota yang membincangkan nasib mereka selepas berkahirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

- Advertisement -

Melalui tangkap layar yang dikongsikan beliau, keluarga lelaki tersebut menyedari gelandangan yang ditemubual itu adalah merupakan ahli keluarga mereka yang terpisah lebih 20 tahun lalu.

Beliau dikatakan telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996 sebelum menjadi gelandangan seperti yang disiarkan dalam laporan berita tersebut.

FOTO: MOHDFAIZALHASSAN TWITTER

Selepas melakukan pencarian di media sosial, keluarga tersebut akhirnya dapat menghubungi kembali lelaki itu dan turut mendapat peluang untuk bercakap dengannya sendiri.

- Advertisement -

Tangkap layar perbualan dipercayai ahli keluarga itu juga menjelaskan gelandangan tersebut akan pulang ke rumah keluarganya di Johor selepas tamat PKP nanti.

FOTO: MOHDFAIZALHASSAN TWITTER.

Berikut adalah sedutan laporan berita tersebut yang disiarkan dalam Buletin Utama oleh TV3 sebelum ini yang menemukan gelandangan tersebut dengan keluarganya dari Johor.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL