spot_img

Bomoh Negara Ini Hanya Guna Penyapu Lidi Untuk “Halau” Covid-19 Dari Muka Bumi

- Advertisement -

WABAK COVID-19 telah menyerang seluruh pelusuk dunia. Sehingga hari ini, lebih 222 juta orang sudah dijangkiti dengan wabak yang lahir di Wuhan, China dan lebih 4 Juta orang telah terbunuh.

Terbaharu, bomoh dari Indonesia iaitu Mbah Suwardi dan seorang lagi rakannya Sukino telah melakukan satu ritual untuk mengusir wabak COVID-19.

Mereka yang berasal dari Ngablak Kroyo, Karangmalang, Sragen ini secara spontan melakukan inisiatif sendiri untuk mengadakan ritual ini yang berlangsung di Sasona Square, Langen Putro Sragen pada Ahad 29 Mac yang lalu.

- Advertisement -

Kedua-dua bomoh ini terpanggil untuk melakukan ritual ini selepas melihat situasi wabak COVID-19 yang telah melumpuhkan sistem ekonomi dan telah membuatkan hidup rakyat berada dalam kesusahan.

Teras melaporkan bahawa ritual ini diadakan pada jam 12.15 di tengah Alun-alun. Mereka berdoa dengan gaya Jawa sambil menggunakan 5 batang penyapu lidi yang dicucuk dengan bawang, cili merah dan kunyit dihujungnya.

“Ritual ini adalah untuk berdoa kepada Tuhan agar wabak corona segera hilang. Agar penduduk Sragen bebas dari semua penyakit yang membimbangkan,” katanya.

- Advertisement -

Bomoh dari Karangmalang mengatakan bahawa Alun-alun dipilih sebagai lokasi ritual kerana merupakan pusat kota dan merupakan titik 0 kilometer dari Kabupaten Sragen.

Mereka turut berharap keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat segera pulih seperti sebelumnya. Kerana pada masa ini keadaan bangsa dan wilayah benar-benar merosot.

“Ini juga peringatan bagi semua manusia. Supaya mereka merenung, tidak melakukan kejahatan dan melakukan maksiat dan sentiasa memperhatikan Gusti,” katanya.

- Advertisement -

Sementara itu, Sukino turut meminta semua ahli masyarakat untuk saling berdoa kerana bagi beliau, doa orang lain akan lebih ikhlas dan lebih didengar oleh Tuhan.

“Mungkin ritual ini tidak masuk akal, tetapi orang Jawa selalu memberi nasihat untuk melakukan sesuatu seperti ini jika terjadi gangguan,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL