spot_img

Bapa ᴛᴜᴍʙᴜᴋ Anak Kecil, Anak Kecil Masih Mahu Pertahankan Bapanya Daripada Terus ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ

- Advertisement -

TULAR di media sosial semalam apabila satu video mengenai seorang anak kecil telah ᴅɪᴛᴜᴍʙᴜᴋ hingga tersungkur oleh bapanya sendiri.

Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki yang tidak dikenali telah mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 5-6 tahun melintasi jalan raya sehingga membahayakan dirinya sendiri.

Kemudian dia membawa kanak-kanak tersebut berjumpa dengan bapanya dan cuba menasihatinya sehingga menampar bapanya kerana marah dengan tindakannya yang membiarkan anaknya berkeliaran tanpa pengawasan. Namun bapa kepada kanak-kanak terbabit berkata dia sudah menjaga anaknya dengan baik tetapi anaknya tidak mendengar kata.

- Advertisement -

“Hei, you, you macam mana jaga anak? Lu tau dia berapa kali lintas jalan raya? Dia mau ᴍᴀᴛɪ tau, apa masalah awak? Jaga anak baik-baik boleh?”

Video yang berdurasi 2 minit 39 saat itu juga memaparkan tindakan lelaki tersebut mula menjadi keruh apabila bapa kepada kanak-kanak tersebut cuba menjawab pernyataanya tetapi dijerit olehnya lelaki berkenaan kerana tidak dapat menerima alasan yang diberikan.

“Ini anak lagi sekali jangan lepas, lu lagi sekali lepas lu ᴍᴀᴛɪ! Dia lintas jalan raya lu ᴍᴀᴛɪ!”

- Advertisement -

Bagaimanapun pergaduhan mulut berlaku diantara kedua-dua pihak dimana bapa tersebut menjawab nasihat dan ugutan yang cuba diberikan oleh lelaki berkenaan.

“Saya satu hari ᴍᴀᴛɪ punya” kata bapa kepada kanak-kanak itu.

Namun, tindakan lelaki itu membuatkan bapa kepada kanak-kanak terbabit mula berang sekaligus ᴍᴇɴᴜᴍʙᴜᴋ anaknya sendiri dengan kuat sehingga tersungkur dihadapan lelaki tersebut dan jatuh diatas jalanraya.

- Advertisement -

“Hei, bodoh, bodoh ʜᴀɴᴛᴀᴍ anak, hei *abi *abi! Tengok dia ᴘᴜᴋᴜʟ budak!! *abi *abi dia ᴛᴜᴍʙᴜᴋ budak!”

Disebabkan itu, lelaki tersebut yang merakam mula bertindak ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ dan ᴍᴇɴɢᴜɢᴜᴛ untuk memanggil polis kerana tidak dapat menerima kejadian itu. Kelihatan juga kanak-kanak itu tersungkur dan terbaring di jalan raya serta menangis ketakutan.

Dalam video tersebut, didapati juga bapa kepada kanak-kanak perempuan itu berkemungkinan ᴍᴀʙᴜᴋ dan terduduk selepas ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ berkali-kali.

Walaupun telah ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ oleh bapanya sendiri, kanak-kanak itu cuba mempertahankan bapanya dan membuatkan lelaki tersebut berhenti ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟɴʏᴀ.

“Ini bapa janganlah, jangan panggil polis ini saya punya bapa” kata kanak-kanak tersebut yang berdiri disamping bapanya yang juga duduk bersandar di tepi kereta dalam keadaan yang lemah. Kanak-kanak yang tidak memakai selipar juga kelihatan seperti cuba mempertahankan bapanya  daripada ditangkap polis dan terus ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ.

Bagaimanapun lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan cuba menerangkan kepada kanak-kanak itu bahawa dia ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ bapanya kerana dia telah ᴍᴇɴᴜᴍʙᴜᴋ kanak-kanak itu.

“Lu sayang sama lu punya bapa tapi dia hentam sama lu, dia ᴛᴜᴍʙᴜᴋ lu punya muka saya nampak, saya mana boleh tengok” kata lelaki tersebut dalam keadaan yang marah.

Lelaki tersebut juga berkata dia tidak mengenali mereka tetapi menyatakan kanak-kanak itu datang ke hotelnya sambil melintas jalan raya berkali-kali. Namun, kanak-kanak itu seakan merayu agar kes tersebut tidak dipanjangkan kepada pihak polis.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sedikit reda dan lelaki terbabit menasihatinya untuk tidak melintas jalan raya lagi. Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, terdapat tiga lelaki melayu telah melarang dan menghalang kanak-kanak tersebut daripada melintas jalan raya akan tetapi kanak-kanak tersebut tidak mengendahkannya serta tidak diawasi oleh bapanya.

Dia bagaimanapun sekali lagi mencuba untuk ᴍᴇɴᴇɴᴅᴀɴɢ bapa kepada kanak-kanak terbabit tetapi dihalang oleh kanak-kanak itu.

“Lu orang mau hisap ᴅᴀᴅᴀʜ, hisaplah tapi ini budak kecil punya hatilah” nasihat lelaki tersebut.

Ikuti video penuh dibawah:

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL