spot_img

Dengan Jual Super Ring Di eBay Suri Rumah Ini Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan

- Advertisement -

SNEK ringan rakyat Malaysia seperti Super Ring bukan sahaja menjadi kegemaran orang tempatan tetapi juga terkenal di Korea Selatan. Super Ring mencipta fenomena di Korea Selatan kerana Jennie dan Jisoo Blackpink menyukainya.

Apa yang lebih mengejutkan, Super Ring juga rupanya laku dan digilai oleh mereka di Amerika Syarikat. Mesti anda macam tidak percaya, bukan?

Menerusi temubual sebual Portal Tempatan, seorang suri rumah iaitu Rabiatul Adilah telah menjalankan perniagaan dalam talian menerusi platform eBay. Beliau telah mendedahkan bahawa keropok Super Ring antara yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat luar negara terutama sekali Amerika Syarikat.

- Advertisement -

Sedia maklum, snek tersebut yang berharga RM1.60 di Malaysia mampu dijual sehingga mencecah AS$12 (~RM50) di sana. Difahamkan beliau sudah setahun berkecimpung dalam perniagaan di platfrom tersebut dan beliau mula untuk menyertai perniagaan ini selepas melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Tambahnya lagi, stok Super Ring, ubat nyamuk dan sebagainya yang dijualnya sebenarnya beliau beli di pasaraya dari Mydin, 99 Speedmart dan Shopee untuk dipasarkan.

- Advertisement -

Selain keropok Super Ring yang laris dijual di eBay, petai, tempe dan ubat nyamuk turut mendapat permintaan tinggi di luar negara. Beliau turut berkongsi pendapatan beliau dan mendakwa mampu menjana RM4,800 sebulan dengan mudah.

Sememangnya keropok Super Ring yang lazat ini menjadi pilihan ramai orang di seluruh dunia.

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

“dulu punya salut keju lagi tebal..skg dh kurang skit” – Rushdone Abraham

“senang jugak buat duit dgn jual barang makan ada MSG, laku keras” – Iggy Malique

“Ini biz dlm biz.. Income Jual ebook Dia lg byk Dr Jual super ring tu.” – Hasrol Amri

“Tp kan. Hantar tu xpecah ke pek tu. Tau je la pek kepok ni slalu kembung lebih isi boleh dibilang” – Noor Hafiza

“Mcm2 bole laku, aku dlu jual gmba lembu pon bole jalan mcn jilake hahaha x boleh brain apsl die bli mybe sbb die collect frame yg ad gmba lembu kot.” – Nazri Musa

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL