spot_img

Sistem Tol Tanpa Palang “Green Packet” Yang Pertama Di Malaysia Bakal Diuji Awal 2022

- Advertisement -

DAPAT membayar tol tanpa perlu memberhentikan kenderaan serta beratur panjang merupakan salah satu impian orang ramai semasa menggunakan lebuh raya di negara ini.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai, baru-baru ini Green Pack Bhd telah berkerjasama dengan FETC International Co. (FETCi) daripada Taiwan untuk menguji keberkesanan Sistem Tol Aliran Bebas (MLFF) yang dijadualkan bermula pada awal tahun hadapan.

Ujian konsep tersebut akan dijadualkan selama tiga bulan bagi mengumpul data penggunaan MLFF ini di Lebuh Raya Besraya KM5.5 menghala ke arah utara. Data yang dikumpul akan dikongsikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk membuktikan keberkesanan sistem tol MLFF ini.

- Advertisement -

“Ujian konsep MLFF adalah proses penting untuk mencapai keadaan lebuh raya-bebas kesesakan melalui infrastruktur lalu lintas yang lebih baik, seperti yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia (ITS) Kementerian Kerja Raya.”

“FETCi bertindak sebagai pengenal frekuensi radio (RFID) dan pakar tol bebas aliran yang telah memasang beberapa sistem MLFF di negara-negara Asia lain, akan menyediakan peralatan dan kepakaran front-end dalam pelaksanaan MLFF,” terang Green Packet dalam satu kenyataan rasmi.

- Advertisement -

Berita ini memberi petanda baik buat pengguna laluan tol di seluruh negara yang mana orang ramai tidak perlu lagi bersesak-sesak apabila menggunakan lebuh raya pada masa akan datang. Sekaligus ia dapat melancarkan aliran trafik dengan lebih efisyen dan menjimatkan masa pengguna.

Reaksi beberapa warga maya

“Singapore da lame implement benda ni melalui penggunaan ERP,just letak kad tng kat dashboard automatik tolak,,kalau x cukup baki….standby la surat saman” – Faiz Rahim

“Kalau x de duit dalam kad atau akaun kira lalu free ke.. jenuh nak tangkap org x bayar tol” – Mohd Fauzi Zainuddin

- Advertisement -

“Benda ni bukan baru pun.. Di Australia dah ada lama dah” – Faisal Ooi

“Terbaik lah company yg sama buat P1 Wimax dulu. Pasni keta korang kena CTOS” – Ahmad Kaha Bin Hassan

“canggih2 lebuhraya semenanjung..harap pihak berkaitan buat la juga jalan sabah sarawak ni..rnr highway utara selatan tu canggih gila dah..skli dtg menumbok nk ke kk..ya tuhan..sedih woii..dgn tak rata nya..rnr mmg takde lah..plus dan kawan2 taknak buat jalan kt belah2 borneo ke..geng hilux sini kayoo tau..aku org semenanjung btw..cuma harap kemajuan belah2 sini pun sama level lahh dgn sm kan..” – Hann Robson

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL