spot_img

Lebih 1.5 Juta Wanita Berusia Lebih 30 Tahun Di Selangor Dan Johor Masih Belum Berkahwin

- Advertisement -

DALAM masyarakat Melayu tradisional, wanita yang sudah berusia namun masih tidak berkahwin biasanya akan digelar anak dara tua ataupun andartu. Istilah ini bukanlah sesuatu yang janggal malah ia turut dimuatkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Walaupun tidak diketahui berapakah umur seseorang itu untuk digelar sebagai andartu, namun dalam kepercayaan masyarakat Melayu, jika sudah berusia pertengahan usia 30 hingga 40 tahun dan belum berkahwin mereka ini akan biasanya berisiko untuk dipanggil dengan gelaran sebegitu.

Namun, keputusan untuk berkahwin lambat bukanlah sesuatu yang janggal dalam masyarakat masa kini terutamanya dalam kalangan wanita di negara kita.

GAMBAR HIASAN
- Advertisement -

Dengan beberapa faktor seperti tekanan pekerjaan dan ekonomi, berkahwin lambat kini menjadi sesuatu yang normal terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia 30 tahun ke atas.

Ini dibuktikan melalui kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas) yang dikeluarkan oleh sebuah Akhbar Tempatan mendapati hampir 2 juta wanita berusia 30 tahun ke atas di Selangor dan Johor masih belum berkahwin.

Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan angka tertinggi wanita berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berkahwin dengan jumlah melebihi satu juta atau lebih tepat lagi 1,014,327 orang.

GAMBAR HIASAN
- Advertisement -

Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum lelaki di Selangor yang berusia 30 tahun ke atas dengan hanya 148 ribu sahaja daripada mereka masih belum mendirikan rumah tangga.

Senario yang hampir sama juga berlaku di Johor dengan bilangan wanita berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berkahwin mencecah sehingga 636, 537 orang.

Manakala, hanya 104,416 orang kaum lelaki yang berusia 30 tahun ke atas dan masih belum berkahwin di negeri yang berada di selatan tanah air itu.

- Advertisement -

Walaupun laporan tersebut tidak menyatakan punca golongan wanita ini memilih untuk berkahwin lambat, namun ia jelas menunjukkan angka dan perbezaan yang sangat besar berbanding kaum lelaki dalam kalangan umur yang sama.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL