spot_img

Sarawak Diundi Negeri Yang Mempunyai Rakyat Paling Romantis Di Malaysia

- Advertisement -

SARAWAK terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya telah diundi sebagai negeri paling romantis di Malaysia manakala Putrajaya, Kelantan dan Terengganu dinobatkan sebagai negeri yang kurang romantis, lapor The Borneo Post.

Salah sebuah platform e-dagang antarabangsa, Picodi.com telah mengeluarkan senarai penuh dengan Sarawak, Johor dan Sabah diundi negeri dengan orang yang romantis.

Senarai ini diambil kira selepas membuat beberapa kaji selidik berdasarkan soalan mengenai hari kekasih yang telah dilakukan pada Februari lepas dan Putrajaya mencatatkan rekod buruk bersama-sama dengan Kelantan dan Terengganu.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh platform yang beroperasi di Poland dan kini berada di 44 negara termasuk Malaysia, berkata selepas melihat secara dekat data yang dikeluarkan oleh Google, ternyata rakyat Malaysia yang paling romantis tinggal di Sarawak, Johor, dan Sabah.

“Di negeri-negeri ini, soalan berkaitan dengan hari kekasih telah direkodkan berada di tahap tertinggi. Ternyata Sarawak, yang terkenal dengan khazanah semula jadi yang indah dan kepelbagaian makanan boleh menambah romantik sebagai satu lagi ciri khas negeri ini.”

- Advertisement -

Kaji selidik ini berdasarkan populariti kata kunci yang selalu dicari oleh para pengguna dalam tempoh Januari sehingga Februari. Ia diambil daripada data yang diarkibkan oleh Google.

Hasilnya, kedudukan terbaik dipegang oleh dua negeri yang jauh daripada Semenanjung. Manakala dua negeri Pantai Timur – Kelantan dan Terengganu – berada di kedudukan tercorot dengan Putrajaya berada di kedudukan paling bawah.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL