spot_img

Kisah Dan Penjelasan Bagaimana Dengan Bermain Mobile Legends Boleh Beli Kereta Mewah

- Advertisement -

BERMAIN permainan video bukan lagi sekadar hobi buat anak-anak muda di seluruh dunia. Dengan pertandingan dan pasukan profesional telahpun diwujudkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia berkembang menjadi salah satu sukan yang mendapat perhatian ramai.

Malah, permainan video atau eSports ini turut dipertandingkan di serata dunia dengan menawarkan hadiah sehingga jutaan ringgit setiap tahun.

Bukan saja mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil kemenangan mereka, gamers-gamers ini mempunyai golongan peminat mereka yang tersendiri dan juga dikenali ramai.

- Advertisement -

Bila dikenali ramai, sudah pasti saja setiap tindakan dan perbuatan yang dilakukan mereka akan diikuti oleh para peminat dan netizen-netizen di negara kita.

Seperti salah seorang gamer tempatan, Faris Zakaria (Soloz) yang berkongsi di laman Instagramnya yang dikatakan membeli kereta mewah jenama Mustang seperti dilaporkan beberapa portal berita tempatan.

- Advertisement -

Faris Zakaria adalah pemain profesional permainan Mobile Legends dan pernah mewakili negara di Sukan Sea Filipina yang lalu dan berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara.

Hasil semakan di laman Carlist, harga bagi sebuah kereta berjenama Mustang boleh mencecah daripada RM200,000 sehingga RM500,000 di pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, hajat peminat dan masyarakat umum untuk mengetahui sama ada kereta tersebut dibeli dengan hasil pendapatannya sebagai pemain permainan video profesional tidak dapat dipastikan kesahihannya.

- Advertisement -

Menurut laporan sebuah Akhbar Tempatan yang menghubungi pengurus kepada Faris memberitahu enggan mengulas lanjut sama ada kereta tersebut dibeli atau ditaja pihak lain.

“Kami ke bilik pameran terbabit atas jemputan pihak tertentu untuk melihat kereta berkenaan secara lebih dekat lagi.”

“Setakat ini, kami tidak boleh mengesahkan kenderaan terbabit ditaja atau dibeli oleh Soloz kerana ada beberapa perkara harus dibincangkan lagi,” katanya kepada sebuah Akhbar Tempatan pada ketika itu.

Walaupun tidak diketahui berapakah jumlah pendapatan yang dijana Faris sejak bergelar sebagai pemain profesional, namun laporan tersebut memberitahu Faris tidak mempunyai masalah untuk membeli atau membayar bulanan kenderaan mewah tersebut.

Ini kerana menurut pemahaman kami, jika tidak menyertai pertandingan sekalipun, gamers juga berpeluang untuk membuat pendapatan melalui kolaborasi penajaan bersama jenama-jenama yang terlibat dan mendapat bayaran ataupun donation bila membuat live streaming di mana-mana platform pilihan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tyler Blevins (@ninja)

Contoh paling menarik untuk dilihat sudah pastinya gamer yang dikenali sebagai Ninja atau nama sebenarnya Tyler Blevins yang terkenal dengan kehebatannya bermain permainan Fortnite.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan The Independent pada tahun lalu, Ninja mendedahkan beliau mendapat hampir 10 juta USD pada 2018 dengan hanya bermain permainan video.

Jadi, jika dilihat kepada pendapatan yang dibuat Ninja ini, sudah pasti tidak mustahil untuk seseorang yang bergelar pemain game profesional seperti Faris mampu untuk memiliki kereta mewah.

Walaupun jumlah yang dijananya mungkin tidak sebanyak Ninja, namun apa yang pasti adalah jika anda bergelar seorang profesional dalam bidang yang diceburi, sudah pasti anda mampu untuk melakukan apa sahaja yang anda mahukan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL