spot_img

Masjid Putra Tambil Beri Penjelasan Isu Layanan “Double Standard” Jemaah Solat Jumaat

- Advertisement -

SEBUAH video tular di media sosial semalam mendakwa wujud layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di sebuah masjid. Menerusi video terbabit, dapat dilihat banyak jemaah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid walaupun datang awal tetapi ada golongan ‘kayangan’ datang lewat dibenarkan masuk terus.

Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai tidak berpuas hati apabila melihat video tersebut. Lantaran itu, pihak Masjid Putra menjelaskan bahawa pengurusan kehadiran jemaah sama ada solat fardhu lima waktu atau Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Malah, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang dan daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kouta untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid.

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, pihak Masjid Putra mengakui bahawa pihaknya sering menerima kehadiran jemaah yang melebihi kapasiti sepatutnya pada seawal jam 11 pagi untuk Solat Jumaat sejak beberapa minggu lalu. Malah, pintu pagar utama masjid akan ditutup apabila kapasiti jemaah telah mencukupi.

Lantaran isu ini, pihak pentadbiran masjid memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan akan mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan serta berusaha sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

- Advertisement -

“Ada kabel dan pangkat baru boleh masuk masjid.” Itu keluhan yang dapat didengari dalam satu rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit itu dipercayai dirakam semasa solat Jumaat semalam.

Menerusi rakaman video itu, sekumpulan lelaki dilihat dilarang memasuki kawasan sebuah masjid. Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikawal ketat oleh kakitangan masjid tersebut.

- Advertisement -

Permintaan mereka supaya dibenarkan masuk untuk menunaikan solat tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat. Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut.

“VIP (orang kenamaan) sampai terus boleh masuk. Kami dah tunggu sejak pukul 12.15 tengah hari. Esok kau menjawab la kat akhirat,” kata perakam video itu.

Rakaman yang tular semalam

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL