Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
(Viral) Antara Dua Darjat Solat Jumaat - Netizen
spot_img

(Viral) Antara Dua Darjat Solat Jumaat – Netizen

- Advertisement -

SEPERTI mana yang kita tahu, solat jumaat merupakan solat Fardhu Ain iaitu wajib ditunaikan bagi menggantikan solat Zuhur. Ia pula perlu dilakukan secara berjemaah di masjid mahupun surau selepas sahaja mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam. Solat jumaat juga wajib ditunaikan setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Begitu juga hukumannya, orang yang meninggalkan solat jumaat akan mengundang murka Allah malah bakal menerima balasan atas dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan melakukan solat jumaat ini akan lama kelamaan ditutup pintu hatinya kemudian menjadikan mereka lebih sesat serta melakukan banyak dosa-dosa lainnya.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

- Advertisement -

“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)

Akan tetapi sejak pandemik menyerang negara kita, terlalu banyak percaturan yang dilakukan demi mencegah penyebaran virus Covid19. Antara yang paling terkesan adalah mengenai solat jumaat yang telah banyak dipertikaikan seluruh umat di Islam. Namun, ia bukanlah untuk menghalang individu tersebut daripada membuat rukun yang wajib tetapi sebagai salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan terus bertebaran.

Berikutan itu, terkini selepas pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia maka kelonggaran untuk menunaikan solat jumaat telah diperluaskan. Akan tetapi, sifat diantara dua darjat ini dalam menunaikan ibadah seharusnya ditegah sama sekali kerana setinggi mana pun pangkat dan kedudukan mereka tetap akan berdiri dan sujud pada aras yang sama dengan rakyat biasa.

- Advertisement -

Baru-baru ini, telah tular di media sosial terutamanya Facebook apabila tersebarnya kisah mengenai solat jumaat. Difahamkan situasi tersebut berlaku ketika beberapa penduduk sekitar sedang menunggu untuk menunaikan solat jumaat.

Namun, ada beberapa individu dikatakan sebagai VVIP sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid. Walaupun ada juga beberapa jemaah lain sedang berbaris menunggu giliran, mereka tetap tidak dibenarkan masuk malah pagar masjid juga di tutup rapat dan jaga rapi.

Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka sekaligus mengundang pelbagai persepsi dikalangan masyarakat terutamanya melibatkan ibadah.

- Advertisement -

Apa tidaknya, ia seolah-olah memberikan gambaran bahawa orang ‘ternama’ sahaja yang boleh masuk ke ruangan masjid manakala rakyat marhean pula seakan-akan disisihkan.

Lelaki yang merakam ini mendakwa bahawa golongan VVIP boleh sahaja dibenarkan masuk manakala, beberapa jemaah lain sedang berbaris menunggu giliran dan bertindak menyoal berkenaan perkara tersebut.

“Tengok VVIP datang terus je boleh masuk” 

“Ada kabel je boleh masuk”

Kelihatan para jemaah lain seolah-olah menyoal tindakan yang mereka lakukan dan tidak dapat dipastikan siapakah VVIP tersebut dan ia berlaku di masjid mana.

Lihat video penuh dibawah:

Sebenarnya ini bukan sesuatu yang baharu terjadi di negara kita, ia perkara yang sudah lama diperdebatkan akan tetapi tidak ada seorang pun dikalangan “VVIP” ini yang mampu membela nasib rakyat. Bukan bermaksud untuk melanggar Standards Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tetapi apa yang penting untuk berlaku adil dalam hal-hal sebegini dengan tidak memilih bulu mahupun darjat.

Namun, diingatkan sekali lagi agar tidak melanggar mana-mana SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL