spot_img

Lelaki Ini Jumpa Jodoh Selepas Sebulan Dengan Hanya Iklankan Diri Sendiri Di Tepi Jalan

- Advertisement -

JIKA anda masih belum mempunyai calon isteri ataupun suami dan keluarga sudah kerap kali bertanyakan tentang perkahwinan, apa kata anda mencuba cara yang dilakukan lelaki dari Terengganu ini.

Awal tahun lepas, tular di media sosial gambar bunting yang memaparkan seorang lelaki bernama Aziro mencari pasangan hidupnya dengan mengiklankan dirinya sendiri.

Iklan tersebut yang digantung di tepi jalan kemudiannya mendapat perhatian ramai dan tindakannya itu turut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan tidak kurang juga daripada gadis dan wanita bujang di luar sana.

- Advertisement -

Walaupun iklan tersebut diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun selepas itu, dia bagaimanapun memaklumkan masih menerima panggilan daripada orang ramai tentang perkara itu.

Kata Aziro dia bukan saja menerima panggilan dari Terengganu tetapi ada yang menghubunginya datang dari Johor, Klang, Sarawak dan paling mengejutkannya ada yang berasal dari Indonesia cuba menghubunginya.

- Advertisement -

Selepas hampir sebulan menggantung iklan itu, Nooraziro Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aziro memaklumkan dia sudahpun menjumpai calon isteri yang dimahukannya seperti dilaporkan sebuah Akhbar Tempatan.

Menurut Aziro, wanita berusia 33 tahun itu menghubunginya selepas melihat iklan mencari jodoh olehnya yang tular sebelum ini.

Bukan saja bertukar-tukar pesanan melalui telefon, Aziro juga memberitahu dia sudahpun berjumpa dengan calon isterinya itu sambil ditemani adik perempuannya.

- Advertisement -

“Walaupun dia bersetuju untuk saya menjadi suaminya, namun kami masih mahu berkenalan antara satu sama lain terlebih dahulu,” kata Aziro.

Aziro juga memaklumkan calon isterinya itu juga berasal dari Kuala Terengganu dan kini sedang bekerja sebagai seorang kerani di sana.

Walaupun cara yang digunakan oleh Aziro ini pada awalnya kelihatan sedikit traditional berbanding kebanyakan golongan muda yang lebih gemar menggunakan aplikasi mencari jodoh dalam talian, namun ianya terbukti berhasil dan efektif.

Dalam tempoh masa lebih kurang sebulan, beliau sudahpun menjumpai calon isterinya walaupun caranya mengiklankan diri sendiri pada awalnya kelihatan sedikit janggal.

Jadi kepada anda di luar sana yang masih tercari-cari calon suami ataupun isteri apa kata anda mencuba cara yang dilakukan oleh Aziro ini.

Tetapi pastikan anda mendapatkan kebenaran daripada majlis perbandaran terlebih dahulu bagi mengelakkan iklan anda diturunkan seperti yang berlaku kepada Aziro.

Aziro selamat bergelar suami

Dapat dilihat, Aziro telah selamat bergelar suami kepada kekasih pilihan hati dikenali sebagai Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.

“Muka iras-iras ni jodoh panjang” – netizen

Hasil perkongsian tersebut, ramai yang turut meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin itu. Ramai juga yang turut mendoakan agar Aziro dan Ibah kekal berbahagia hingga ke syurga.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL