spot_img

Upin Ipin Adalah “Alat Propaganda” Dari Malaysia Dakwa Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia

- Advertisement -

UPIN & IPIN bukan sahaja berjaya menempa nama dan mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Malah anak-anak di negara jiran juga turut tidak ketinggalan menikmati cerita dari sudut pandang dua anak kecil yang menjadi watak utama kepada animasi ini.

Bagi anak-anak, tidak kira di Malaysia atau Indonesia. Upin & Ipin mungkin di anggap sekadar kartun biasa. Tetapi bagi Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia atau KPI Agung Suprio, beliau mengatakan bahawa Upin & Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.

Dia yang ditemuramah dalam Podcast Deddy Corbuzier yang disiarkan di YouTube menyatakan bahawa Upin & Ipin adalah simbol budaya dan imej Malaysia ke dunia luar yang bukan sahaja berbilang bangsa, malah ramah dan beragama.

- Advertisement -

“Upin-Ipin dapat disebut propaganda, propaganda positif. Upin-Ipin dapat memperkenalkan Malaysia atau imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang budaya, sopan, ramah dan beragama,” kata Agung.

Memetik laporan laman Suara, Agung menyatakan alasan beliau disebalik dakwaan tersebut adalah disebabkan animasi ini mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia, jadi secara tidak langsung ini adalah produk untuk menyebarkan imej Malaysia pada dunia luar, “Jadi, ya propaganda pada akhirnya.”

- Advertisement -

Dan dia menyatakan sebab kenapa Indonesia masih tertinggal di belakang dalam penyiaran kartun buatan negara itu sendiri adalah kerana kos yang besar harus dikeluarkan untuk membuat animasi versi Indonesia.

“Sekiranya kita menghasilkan kartun Indonesia, itu sangat mahal. Walaupun orang yang membuat kartun di Indonesia tidak kurang hebatnya, dan ada begitu banyak, tidak sedikit,” kata Agung Suprio, yang dipetik oleh Suara.com dari saluran Youtube Deddy Corbuzier.

Rakaman temuramah dalam Podcast Deddy Corbuzier

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL