spot_img

Viral Rakaman Dua Remaja Maut Kereta Dirempuh Triton Lawan Arus Yang Mabuk Positif Ganja

- Advertisement -

SHAH ALAM – Dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di 8.5 Kilometer Lebuh Raya Persekutuan di sini pada awal pagi Ahad.

Mangsa maut ialah pemandu, Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana Klang dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 pagi.

- Advertisement -

“Seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Norazam berkata, siasatan awal mendapati kenderaan Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun secara melawan arus bertembung dengan kereta dinaiki dua remaja berkenaan.

“Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang berada di bahagian hadapan tersepit dan cedera parah. Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya.

- Advertisement -

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu Mitsubishi Triton tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja

- Advertisement -

Pemandu pacuan empat roda yang memandu secara melawan arus dan merempuh sebuah kereta mengakibatkan dua maut dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad disahkan positif ganja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang berumur 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Rakaman yang tular

Rakaman pemandu triton yang mabuk

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL