spot_img

Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000 Akan Dikaji Oleh NASA

- Advertisement -

TELESKOP Angkasa Hubble NASA telah menemui asteroid gergasi yang dianggap luar biasa, berat dan sangat berharga yang dinamakan sebagai “16 Psyche”, ia berada di antara Marikh dan Musytari.

Asteroid gergasi yang diperbuat daripada logam ini dianggarkan bernilai kira-kira $ 10,000 quadrillion atau $ 10,000,000,000,000,000,000 (RM 41,563,418,211,000,000,000) sekitar 10,000 kali ganda ekonomi global pada tahun 2019, lapor Observer.

16 Psyche terletak sekitar 230 juta batu (370 juta kilometer) dari Bumi dan berukuran 140 batu (226 kilometer). Seperti kebanyakan asteroid yang berbatu atau berais, apa yang membuat Psyche lebih istimewa adalah hampir seluruh intinya adalah logam, sama seperti Bumi, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Planetary Science Journal pada Isnin lalu.

- Advertisement -

Sebilangan besar asteroid terdiri daripada ais dan batu tetapi 16 Psyche terdiri dari 27 quadrillion 2 ratus triliun tan besi dan nikel, ia juga dilaporkan mengandungi emas didalamnya.

“Kami telah melihat meteorit yang kebanyakannya logam, tetapi Psyche mungkin unik kerana ia mungkin asteroid yang lahir sepenuhnya dari besi dan nikel,” kata Tracy Becker, salah seorang penulis kajian dan saintis di Southwest Research Institut di San Antonio, Texas.

Difahamkan, untuk mengenal dan melihat lebih dekat asteroid gergasi ini, NASA dilaporkan akan mengirim kapal angkasa ke sana pada Ogos 2022 bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai inti dan dasarnya, lapor The New York Post.

- Advertisement -

Becker menambah, “Apa yang membuat Psyche dan asteroid lain begitu menarik ialah mereka dianggap sebagai blok bangunan sistem suria. Untuk memahami apa yang sebenarnya membentuk planet dan berpotensi melihat bahagian dasar planet ini adalah sesuatu yang sangat menarik.”

“Sebaik sahaja kita sampai di Psyche, kita benar-benar akan memahami apakah masalahnya, biarpun jika itu akan mengubah apa yang kita harapkan. Setiap kejutan, selalu menggembirakan,” katanya.

Bagi anda yang sudah berkira-kira untuk menjadi jutawan sekiranya NASA berjaya membawa pulang asteroid ini ke Bumi – anda perlu bersikap lebih realistik.

- Advertisement -

NASA dalam kenyataan mereka berkata bahawa kajian ini adalah semata-mata untuk sains dan tidak akan melakukan perlombongan atau merancang untuk menghasilkan wang dari asteroid ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL