spot_img

Pemuda Kongsi Pengalaman Beli Bundle “Puaka” Keluar Semua Pakaian Dalam

- Advertisement -

JIKA dahulu boleh dikatakan agak susah bagi peniaga-peniaga kecil untuk mendapatkan stok bekalan bundle berskala besar atau dalam bentuk guni, namun kini masalah tersebut tidak lagi berlaku.

Dengan hanya bermodalkan serendah ratusan sehingga ribuan ringgit, peniaga-peniaga atau peminat tegar bundle ini boleh mendapatkan bekalan daripada pemborong-pemborong tempatan dengan mudah.

Bagaimanapun seperti mana perniagaan lain, aktiviti jual beli bundle ini turut mempunyai risikonya yang tersendiri. Malah risiko yang diambil peniaga ini boleh dikatakan lebih besar apabila mereka tidak mengetahui apa yang bakal diperolehi mereka apabila membeli guni bundle ini.

- Advertisement -

Tambahan pula, ianya adalah pakaian terpakai dan dibungkus dalam guni. Seperti yang berlaku kepada seorang peniaga bundle ini apabila guni yang dibelinya tidak mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan atau setidaknya menepati dengan apa yang disenaraikan oleh penjual.

Janji lain dapat lain

“Spender ada dan baju perempuan macam style GRO yang ketat-ketat itu ada.”

“(Tetapi) satu t-shirt pun tiada,” luahnya peniaga ini.

- Advertisement -

Bercerita mengenai video tular itu, Aidil Hakimi menjelaskan dia sedar jenis guni yang dibelinya itu tidak menjanjikan hasil lumayan (jackpot) namun apa yang mengecewakan adalah ianya sangat berbeza dengan apa yang disenaraikan penjual sebelum itu.

“Saya sebenarnya faham guni wiper ni memang bukan barang jackpot pun. Ada je pengalaman pecah guni wiper sebelum ni, tapi ada saja t-shirt.”

“Ini memang t-shirt tiada langsung, cuma terkilan la sebab mereka yang maklumkan ini wiper black t-shirt,” katanya.

- Advertisement -

Tambah beliau lagi, penjual seharusnya memaklumkan sahaja guni berkenaan sebagai mix wiper (pakaian campuran) jika tidak pasti akan kandungan guni berkenaan.

Malah, menurutnya “orang dalam scene bundle” akan memahami perkara berkenaan berbanding memberitahu jenis lain tetapi apa yang diperolehi dalam guni adalah lain.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya itu, Aidil menjelaskan beliau pada hari kejadian membeli tiga guni dengan dua daripadanya adalah wiper black t-shirt seperti dalam video dan satu lagi guni jenis berjenama Adgood.

Untuk guni wiper black t-shirt berkenaan, Aidil menjelaskan hanya satu daripadanya yang mengeluarkan t-shirt manakala satu lagi seperti yang dikongsikannya di Twitter mengeluarkan hasil berupa pakaian dalam.

“Selepas kami pecah guni dan tengok satu pun tiada t-shirt, terus call penjual, kami tak ada marah apa pun cuma cakap baik baik saja.”

“Ada juga minta refund sekurangnya separuh tetapi mereka tak bagi. Last-last kami hadap saja kerugian itu,” jelasnya.

Tidak berniat burukkan sesiapa

Perkongsian yang dibuatnya di Twitter itu bagaimanapun bukanlah berniat untuk memburukkan sesiapa tetapi lebih kepada menceritakan pengalamannya agar dapat dijadikan pengajaran- terutama buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan bundle.

Beliau yang juga merupakan salah seorang peniaga bundle dan menjual guni mini (yang dipilih dan dibungkus semula daripada guni asal) turut berkongsikan beberapa pesanan penting buat orang ramai terutama yang berminat dengan pakaian bundle.

“Jadi saya sarankan kepada penjual-penjual bundle yang baru, beberapa tips yang boleh pakai untuk ceburi dalam perniagaan bundle ini. Belajar kenal jenis dan jenama guni bundle yang ada.”

“Kita ada macam-macam jenis guni dari banyak negara contohnya dari Korea, Usa, Japan. Label pun anda kena tahu. Jadi, dengan pengetahuan yang cukup anda boleh beli guni yang betul,” pesannya.

Anda boleh membaca perkongsian penuh Aidil Hakimi mengenai tips yang boleh dipraktikkan sebelum membeli guni bundle atau menceburi perniagaan bundle dengan mengikuti thread beliau di bawah.

Bagi peniaga bundle anda boleh sertai Bundle Bundle Club iaitu sebuah perniagaan yang membekalkan guni paling laris di pasaran.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL