spot_img

Berkebolehan Membaca Seawal 2 Tahun Menjadikan Muhammad Haryz Ahli Termuda Dalam Persatuan IQ Tinggi Dunia

- Advertisement -

MUHAMMAD Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, kanak-kanak berusia 4 tahun telah mencipta sejarahnya tersendiri sebagai ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Beliau yang memilik IQ sebanyak 142 dalam ujian Stanford Binet, Haryz mula ditawarkan keahlian di dalam persatuan ini pada 14 Januari lalu.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, ibunya, Nur Anira Asyikin Hashim, 30 mendedahkan rahsia bahawa anaknya mula terdedah dengan buku seawal umur 2 tahun.

- Advertisement -

Menurut ibunya, Haryz sangat gemar membaca buku sebelum tidur dan beliau akan menghabiskan sekurang-kurangnya dua buah buku dalam masa satu hari.

Beliau banyak menghabiskan masa menelaah buku-buku karya Julia Donaldson antaranya ialah Zog, The Gruffalo dan The Gruffalo Child.

- Advertisement -

Muhammad Harzy yang lahir di United Kingdon menurut ibunya mempunyai kekuatan dalam mengingat setiap perkara yang diceritakan oleh mereka.

Tambah ibunya lagi, setiap kali mereka membacakannya buku. Anaknya akan cuba mengulang kembali apa yang diceritakan oleh ibu bapanya dengan lebih terperinci.

Ibunya mula memahami tentang kelebihan Harzy apabila diberitahu oleh guru sekolahnya setelah melihat kelakuan anaknya berlainan daripada kanak-kanak lain.

- Advertisement -

Pihak sekolah memberi cadangan agar Harzy dirujuk ke pakar dan daripada situ titik pertemuan dengan Mensa bermula.

Nur Anira Asyikin, bersama suaminya, Mohd Hilmy Naim Mohd Yakin, 31, mula menetap di UK sejak 2015 bagi melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kejuruteraan.

Beliau turut menolak pandangan sesetengah pihak yang berpendapat kehidupan kanak-kanak akan terganggu jika menyertai Mensa, sebaliknya ia mampu membuktikan kebolehan dan potensi anaknya itu.

“Kami merasakan tidak mengganggu kehidupan Haryz kerana dia gembira bertemu dengan rakan-rakan dan dia mudah selesa. Kami merasakan Mensa dapat membantunya mengembangkan lagi potensi dirinya.”

“Selain itu memberikan keyakinan dalam dirinya yang dia mampu mengecapi apa yang dihajati dengan minat dan izin dari ALLAH SWT,” jelasnya.

Dalam pada masa sama, Nur Anira Asyikin dan suami menitikberatkan keutamaan dan keinginan Muhammad Haryz untuk gembira dalam menjalani kehidupannya.

“Kami tidak mahu memaksa dia melakukan apa yang dia tidak gemar dan pada masa sama kami tidak mahu dia bosan dengan pembelajaran dia di sekolah.”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL