spot_img

Kejadian Aneh, Ribuan Burung Jatuh Dari Langit Dan Mati

- Advertisement -

BUKAN satu bukan dua akan tetapi ribuan burung dikatakan telah jatuh daripada langit dan mati secara tiba-tiba di kawasan perkuburan di Banjar Sema Pring, Bali Indonesia. Kejadian aneh itu menyebabkan penduduk disekitarnya merasa pelik serta terkejut. Malah menimbulkan pelbagai persepsi dan pertanyaan dari penduduk sekitar serta pihak yang terlibat.

Salah seorang penduduk sekitar iaitu Kadek Sutika berkata, dia menyaksikan kejadian tersebut ketika dalam perjalanan ke rumah kawannya berdekatan tanah perkuburan.

“Saya lihat di kawasan kubur, ramai budak kecil dah ambil burung-burung tu. Saya lihat ada banyak burung kat bawah pokok, ada yang mati, ada yang masih hidup. Banyak sekali yang jatuh dan mati, dan jumlahnya lebih seribu.”

- Advertisement -

Dia turut menyatakan bahawa lima hari sebelum kejadian aneh itu berlaku, dia sering melihat burung-burung tersebut bertenggek di atas pokok asam berhampiran tanah perkuburan itu.  Bagaimanapun dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya ribuan burung tersebut.

Lihat video penuh dibawah:

Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan Wilayah Gianyar, Made Santiarka mengesahkan bahawa spesies burung-burung itu adalah jenis burung pipit. Difahamkan juga mereka telah mengambil beberapa ekor burung yang telah pun mati untuk di bawa ke makmal sebagai sampel ujian bagi siasatan lanjut.

- Advertisement -

Menurutnya juga, beliau beranggapan bahawa kejadian aneh itu berlaku berkemungkinan disebabkan faktor cuaca yang ekstrim seperti hujan dan angin kencang yang menyebabkan peralihan musim kemarau kepada musim hujan.

Tambahnya lagi, hujan yang lebat dan tekanan udara yang rendah menyebabkan burung ini enggan melarikan diri malah memilih untuk bertahan dalam keadaan basah kuyup kemudian menjadi sakit dan akhirnya jatuh dan mati.

Namun, walaupun terdapat banyak burung-burung yang dikhabarkan jatuh dan mati, didapati juga, masih ada beberapa ekor burung yang terselamat dan dapat bertahan serta bertenaga semula selepas mendapat sinaran matahari.

- Advertisement -

Sehingga hari ini, masih belum dapat dipastikan punca dan penyebab kenapa ia berlaku. Balai Konservasi dan Sumber Alam Daya Bali juga masih melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian aneh tersebut.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL