spot_img

Ketua Anti-Vaksin Israel Mati Akibat COVID 19

- Advertisement -

SEORANG ketua aktivis anti-vaksin terkemuka di Israel, Hai Shaulian, meninggal dunia pada hari Isnin, 13 September, setelah dia dimasukkan ke hospital akibat jangkitan wabak COVID-19.

Menurut laman Jerusalem Post, lelaki berusia 57 tahun itu dimasukkan ke hospital seminggu yang lalu di Pusat Perubatan Wolfson di Holon setelah dia didapati positif dengan wabak yang telah membunuh ramai orang di seluruh dunia. Difahamkan kesihatannya semakin merosot seminggu selepas itu dan dua hari sebelum kematiannya, dia masih sempat menentang program vaksinasi kerajaan Israel dan meminta agar pengikutnya untuk meneruskan perjuangan mereka.

Dalam satu catatan di Facebook, Shaulian memuat naik gambarnya yang memakai alat oksigen. Dalam keterangannya, dia mengatakan bahawa situasinya “kritikal” dan dia “tidak mampu untuk bercakap atau bertindak balas terhadap orang”. “Saya tidak mempunyai oksigen dan tidak dapat menstabilkannya,” kata Shaulian. Dia juga mengatakan bahawa dia percaya bahawa “dengan pertolongan Tuhan” dia akan pulih dalam dua atau tiga minggu.

- Advertisement -

“Pencipta ada bersama saya, saya tidak takut. Saya percaya bahawa saya akan keluar dari ini dengan pertolongan Tuhan, dalam perkiraan saya, ia akan berlaku,” kata Shaulian.

Sebelum ini, Shaulin pernah mengadakan tunjuk perasaan yang menentang sistem Green Pass milik kerajaan Israel yang membuka ruang untuk mereka yang sudah divaksin penuh, yang pulih dari COVID-19 atau mereka yang negatif. “Ini tidak ada hubungannya dengan coronavirus. Ia tidak ada kaitan dengan vaksin. Ini ada kaitan dengan paksaan,” katanya. “Terus berjuang. Negara melakukan penindasan penjenayah terhadap kita. Jangan menyerah,” tambah Shaulian.

- Advertisement -

Minggu lalu pula, anti-vaksin ini juga telah bertindak menuduh polis cuba meracuninya setelah dia ditangkap semasa tunjuk perasaan yang menentang sistem Green Pass. Dia berkata bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan terhadapnya.

“Polis Yerusalem cuba meracuni saya. Saya tidak pernah merasa seperti ini dalam hidup saya. Sepanjang minggu saya berjuang seolah-olah tidak ada yang berlaku, tetapi hari ini saya tidak dapat lagi bernafas dan pergi ke HMO dan dari sana saya dievakuasi ke Wolfson Medical. Sekiranya sesuatu berlaku kepada saya – ketahuilah bahawa ia adalah cubaan pembunuhan.”

Jauh sebelum itu juga, Shaulin dikatakan telah mengadakan tunjuk perasaan yang menentang keras peraturan bagi membendung wabak COVID-19. Dia juga telah menentang sistem Green Pass dan syarat untuk memakai pelitup muka di tempat terbuka dan tertutup. Bagaimanapun, walaupun kematiannya dianggap satu perkara yang merugikan, bagi pengikutnya pula, mereka tetap dengan pendirian mereka bahkan telah membuat dakwaan tidak berasas mengenai kematiannya.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL