spot_img

Kagum Melihat Kanak Kanak Ini Hasilkan Video “Stop Motion” Guna iPhone 5s Sahaja

- Advertisement -

IMAGINASI dan kreativiti yang terdapat pada kanak-kanak sangat luar biasa. Mereka mampu menghasilkan cerita hanya menggunakan imaginasi sahaja.

Seperti kisah yang dimuat naik oleh seorang ibu @suhanamdaud di laman Twitter mengenai aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya semasa cuti sekolah tempoh hari.

Menurut perkongsian tersebut, anak-anak beliau dilihat telah berjaya menghasilkan satu video stop motion berdasarkan filem Ghostbuster.

- Advertisement -

Untuk makluman semua, stop motion adalah teknik membuat animasi atau filem dari potongan-potongan gambar yang dibuat seolah-olah menjadi berhubungan satu sama lain, sehingga membentuk suatu gerakan atau cerita.

Menurut Suhana, gambar yang ditangkap bagi menyiapkan keseluruhan video stop motion yang berdurasi 2 minit 44 saat itu adalah sebanyak 1500 keping gambar.

SUMBER: TWITTER @SUHANAMDAUD

Tambah beliau lagi, beliau hanya membekal sebuah telefon pintar jenama iPhone 5s lama miliknya kepada anak-anaknya. Tiga orang adik-beradik ini bersama-sama menyiapkan projek ini selama dua minggu. Proses yang terlibat dalam pembikinan video ni bermula dari mengambil gambar, rakaman suara dan juga editing.

- Advertisement -

Rata-rata netizen berasa kagum melihat video stop motion tersebut. Majoriti daripada mereka memuji usaha anak-anak beliau itu kerana proses untuk menghasilkan video stop motion bukanlah sesuatu yang mudah.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menarik minat kanak-kanak lain untuk berkecimpung dalam bidang sebegini. Buat anak-anak Puan Suhana, semoga terus maju jaya di masa hadapan.

Reaksi warga maya

“This is pretty good. Tell your kids they’ve done a lovely job and to keep up the good work! Might want to sign them up for some animation classes.” – ladymissazira

- Advertisement -

“Semoga Young Arif sentiasa terus arif dan maju jaya! Awesome!” – syedamiruledros

“Im entertained. Keep doing more ok.” – meowmeowmeelo

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL