spot_img

Pakcik Berbangsa Cina Generasi Akhir Pengukir Batu Nisan Untuk Muslim Di Kuala Selangor

- Advertisement -

KUALA SELANGOR merupakan destinasi pilihan ramai orang untuk menikmati suasana desa. Terbaharu, sebuah dokumentari di Kuala Selangor disiarkan di Malaysia Hari Ini berjaya membuat kami terpegun dan kagum.

Apa yang menarik perhatian kami adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Kuah Leong Chuan berumur 64 tahun merupakan pengukir batu nisan untuk orang Muslim.

Benar, anda tidak salah baca. Beliau sudah berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang mengukir batu nisan ini. Malah, batu granit keras digunakan untuk membuat batu nisan.

- Advertisement -

Sebut tentang batu nisan, teknik ukiran yang digunakan masih lagi menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan tangan dan tulisan Jawi diukir pada batu nisan membuatkan kami lebih kagum dengan beliau. Difahamkan beliau belajar teknik mengukir batu nisan ini daripada bapanya ketika berusia 20 tahun.

Sebelum ini, beliau juga mengukir batu nisan untuk orang Cina dan India tetapi kini beliau lebih menumpukan pada pelanggan Melayu. Masa yang diambil untuk selesai proses mengukir dan menulis nama atau informasi si mati pada batu nisan mengambil masa satu jam.

- Advertisement -

Antara maklumat yang diukir di atas batu nisan ialah perkataan Al-Fatihah serta maklumat si mati iaitu nama, tarikh lahir dan tarikh meninggal. Beliau turut menitik beratkan ayat-ayat yang tidak boleh diukir pada batu nisan walaupun mendapat permintaan daripada keluarga si mati.

Siapa sangka di sebuah pekan kecil terdapat kisah yang luar biasa ini. Bakat yang dimiliki Kuah Leong Chuan digunakan untuk berbakti kepada masyarakat yang pastinya memerlukan pelapisnya menyambung legasi. Agak menyedihkan sebenarnya kerana beliau adalah generasi terakhir sebagai pengukir batu nisan granit ini.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL