spot_img

Putera Harry Ditawarkan Kerja Di Burger King Selepas Umum Keluar Dari Keluarga Diraja

- Advertisement -

BAHANG pengumuman mengejut Putera Harry dan Meghan Markle yang menyuarakan isi hati mahu keluar dari keluarga diraja masih belum reda dan terbaharu, Burger King menawarkan kerja untuk kedua pasangan ini.

8 Jan lalu, pasangan ini mengejutkan dunia dengan merujuk keputusan ini adalah bagi ‘membebaskan mereka dari segi kewangan’.

Fox News melaporkan bahawa Meghan telah menandatangani perjanjian dengan Disney untuk peranan suara.

- Advertisement -

Manakala Putera Harry dilaporkan turut mendapat tawaran pekerjaan dari sebuah syarikat makanan segera Burger King. Mereka menawarkan pekerjaan tersebut pada 9 Januari lalu.

Laporan lain menyebut, Burger King Argentina turut menawarkan kerja kepada Putera Harry tetapi dengan cara yang lain.

- Advertisement -

Menurut Business Insider, Burger King mahu membayar Harry sebanyak RM32 dalam masa satu jam.

Ini bukan kali pertama Burger King mengambil perhatian dunia. Sebelum ini pada Disember 2018, rantaian makanan segera melancarkan “The Whopper Detour”, sebuah kempen menentang saingannya, McDonalds.

Pelanggan boleh mendapatkan Whopper untuk hanya satu sen A.S. jika mereka masuk ke restoran McDonalds sambil menggunakan aplikasi Burger King.

- Advertisement -

Aplikasi ini akan mengesan lokasi pelanggan dan segera membuka kod promosi.

Sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan itu, mereka akan diarahkan ke restoran Burger King terdekat untuk mengambil tempahan mereka.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL