spot_img

Rakyat Malaysia Sebenarnya Amalkan Etika “Merbahaya” Ketika Menggunakan Eskalator

- Advertisement -

ANDA pasti sering melihat atau sudah terbiasa untuk berdiri di sebelah kiri eskalator dan membiarkan sebelah kanan kosong agar memberikan laluan kepada orang lain melaluinya? Berikutan itu, keadaan sering sesak ketika menaiki eskalator.

Sudah bertahun-tahun rakyat Malaysia diajar untuk melakukan perkara tersebut dan kini rata-rata rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan etika tersebut. Akan tetapi, sebenarnya ia boleh membahayakan diri anda.

- Advertisement -

Difahamkan, East Japan Railway Co telah melancarkan kempen agar pengguna tidak lagi berjalan apabila menggunakan eskalator pada Disember 2018. Malah, papan tanda telah diletakkan di stesen kereta api Tokyo dan pengumuman turut telah dilakukan agar pengguna berdiri di kedua-dua belah eskalator.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kes kemalangan yang disebabkan berjalan di eskalator dan mengundang kecederaan atau kematian. Justeru itu, Persatuan Eskalator Jepun telah nyatakan beberapa sebab kenapa berjalan di eskalator tidak digalakkkan.

- Advertisement -

Bukan sahaja Jepun telah mula mengubah cara untuk menaiki eskalator, kini beberapa bandar seperti Hong Kong, London dan Washington D.C turut giat melancarkan kempen dan cuba mengubah kebiasaan pengguna menggunakan eskalator.

Apabila pengguna menggunakan kedua-dua ruang, eskalator akan lebih stabil dan risiko kemalangan akan berkurangan. Adakah Malaysia akan mula mengikuti peraturan baru untuk menaiki eskalator?

Reaksi warga maya

- Advertisement -

“Teringat kenangan kena marah dgn mat saleh kat London. Siap dia panggil aku Asian!” – Kamarool Anwar

“Biasa nye berlaku kat stesen2 train je, sbb ramai nak cepat, tmpt lain guna dgn normal je, santai.” – Muhammad Hafizuddin

“Rakyat malaysia dh lama kaji pasal benda ni sbb kita suka relax smbil tunggu escalator tu bergerak sbb itulah fungsinya yg sebenar. Power dan tahniah kepada rakyat Malaysia!” – Hafizi Arshad

“Setuju, aku selalu nmpak ramai yg lari lari anak atas escalator tu,, dh la berat mcm anak gajah,, bayangkan escalator kena hentak2.” – Rul Zanrif

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL