spot_img

Sentuhan Magis Instrumental Alunan Saksofon Ahmad Nawab Dirindui

- Advertisement -

ALUNAN muzik saksofon dendangannya cukup membelai jiwa sesiapa yang mendengarnya. Sentuhan magis instrumental Datuk Seri Dr Ahmad Nawab pastinya mampu memberikan kedamaian dalam hati.

Ya, karya agung Seniman Negara itu sentiasa dirindui. Bukan satu, tetapi lebih 2,000 lagu malar hijau ditulisnya sepanjang penglibatan dalam industri sejak tahun 1950-an.

Figura berusia 87 tahun itu cukup terkenal selepas kemunculan bersama orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama lebih 17 tahun. Apatah lagi lagu ciptaannya, Bintang Malam menerima Anugerah Merak Kayangan dan diangkat sebagai lagu terbaik pada tahun 1980.

- Advertisement -

Penghormatan tertinggi dicapai anak kelahiran Pulau Pinang itu adalah apabila dinobatkan sebagai Seniman Negara, salah satu penghargaan daripada Anugerah Seni Negara (ASN) 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Menyingkap kenangan manis ketika masih muda, Ahmad tidak pernah melupakan momen terindah bersama seniman Tan Sri P Ramlee yang ketika itu menakluk industri muzik tanah air.

”Masih ingat lagi ketika tahun 1960-an, saya bersamanya membantu mengembangkan lagi kerjayanya di ibu kota selepas berpindah dari Singapura.

- Advertisement -

”Memang kami rapat. Saya sifatkan Allahyarham seorang yang berhati mulia kerana selalu membantu orang memerlukan,” ceritanya kepada Sinar Plus baru-baru ini.

Lebih selesa berehat berbanding aktif dalam industri, penerima anugerah Doktrate Penulisan Kehormat itu gemar menghabiskan masa bersama koleksi saksofon kesayangan.

KEMASYHURAN Ahmad Nawab dihargai dengan pelbagai anugerah berprestij.

Pengalaman berharga

Menurut Ahmad, dirinya sebenarnya tidak betah duduk diam dan pasti ligat menggilap koleksi saksofon dan bermain alat muzik. Kadangkala ada juga termenung jauh apabila mengenangkan memori silam.

- Advertisement -

”Hampir setiap hari saya akan habiskan masa bermain muzik dengan koleksi saksofon yang ada untuk ubat rindu. Bukan sahaja menenangkan jiwa, bahkan bagus untuk sistem pernafasan dalam badan.

”Ada satu saksofon jenis Selmar ini paling saya sayang kerana bunyinya sangat merdu. Ke mana-mana persembahan pun saya akan bawanya bersama. Saya ingat lagi harganya ketika beli anggaran RM10,000, namun kini tak mustahil mencecah RM30,000,” ujarnya.

Mengimbas kembali perjuangan seni yang penuh ranjau dan liku sejak awal penglibatan dalam industri, Ahmad tidak menolak pengalaman berharga itu mendidiknya menjadi seorang yang berprinsip.

”Saya masih ingat perjuangan seni dahulu cukup berbeza berbanding sekarang. Dulu mahu menyanyi pun susah jika tiada kualiti. Sekarang, bakat muda mudah diangkat walaupun tak ‘pandai‘ menyanyi.

”Tetapi itulah, sekarang syarikat rakaman pun banyak tutup dan artis pun ramai yang buat single lagu bukan album lagi. Sedih juga melihat muzik Melayu yang kini lebih dinilai secara digital dan bukannya bakat,” bicaranya.

Menurut pemuzik dan komposer terkemuka itu, jiwanya masih mencintai muzik. Bohonglah, katanya, jika mengatakan beliau sudah ‘cuci tangan‘ dan tidak lagi mahu mengambil kisah dunia industri seni.

”Masakan saya boleh lupakan. Jiwa seni saya membara sejak berusia 15 tahun lagi dan bertatih belajar muzik untuk cungkil bakat diri. Sayangnya kini dunia seni sudah berubah.

”Mungkin selepas ini saya kena belajar cara untuk muat turun lagu dalam bentuk digital untuk pastikan warisan muzik Melayu moden yang diperjuangkan sebelum ini tidak pupus ditelan zaman,” katanya berseloroh.

Jom kita layan alunan soksofon Ahmad Nawab – Bunga Tanjung

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL