spot_img

Kerana Kerap Dirompak Lelaki Ini Nekad Bina Rumah Unik Tanpa Tingkap Di Perlis

- Advertisement -

PASTINYA tidak lengkap sebuah rumah tanpa tingkap kerana tingkap berfungsi untuk membenarkan pencahayaan semula jadi dengan beberapa tingkap bagi pengalihan udara.

Berbeza pula kisah lelaki ini, Mohammad Hanif Allah Pitchay yang telah mengubahsuai rumahnya tanpa tingkap. Difahamkan, beliau mengambil keputusan untuk ‘membuang’ tingkap rumahnya kerana rumahnya pernah dirompak sebanyak dua kali.

Untuk pengetahuan anda, idea kreatif ini daripada ibunya yang menganggap ruang tingkap sangat leceh untuk dijaga dan menurutnya kini kerja hariannya lebih mudah tanpa tingkap. Kos pengubahsuaian rumah tersebut menelan belanja hampir RM100,000.

- Advertisement -

Malah, rumah yang unik ini dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumahnya bagi mengesan kehadiran tetamu dan terdapat sistem penggera pada pintu hadapan dan pintu belakang. Pada waktu siang pula, lampu hanya dibuka untuk kegunaan tertentu sahaja kerana cahaya dari luar yang masuk sudah mencukupi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisya Haris mengatakan bahawa tiada kesalahan dari segi keselamatan bagi pembinaan rumah tanpa tingkap, selagi pemilik kediaman persendirian tahu mengendalikan sistem keselamatan kebakaran dan tidak menjalankan aktiviti berbahaya atau membuat stor penyimpanan gas di rumah.

- Advertisement -

Reaksi beberapa warga maya

“Dia takde tgkap dah viral , aku takde rumah relek je.” – Jeane Fajumi

“pernah ilang motosikal. So bila tgk gambar rumah, pagar takde. Masalah bukan kat tingkap, tapi sebab tiada pagar. Kos buat pagar, murah je.” – Dudy Ab Halim

- Advertisement -

“Kalau rumah teres mcm mna ?? sma jugak x dak tingkap kiri kanan” – Ahmad Sufi

“mcm penjara pulak… let say kalau terbakar mmg rentung la beramai ramai.” – Firdaus Doo Joon

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL