spot_img

Nasi Lemak Biru Yang Mencuri Hati Mat Salleh, Dinobatkan Sebagai Juara Emas Pertandingan Cef Kulinari Ireland 2020

- Advertisement -

KEUNIKAN nasi lemak yang diwarnai rona biru asli daripada bunga telang, selain inovasi rendang ayam gulung berjaya memikat hati si juri.

Keistimewaan menu tersebut nyata melayakkan anak kelahiran Sabah itu dinobatkan sebagai juara emas Pertandingan Cef Kulinari Ireland 2020 sekali gus mengangkat nama negara, Februari lalu.

Apa yang lebih membanggakan, lima menu yang dipertaruhkan Siti Safura Mohd Tawil bertemakan ‘The taste of Malaysia truly Asia’ itu menjadi medium memperkenalkan makanan cita rasa Melayu di peringkat antarabangsa.

- Advertisement -

Berkongsi pemilihan menu nasi lemak bunga telang, rendang ayam gulung, udang limau nestum rangup, kerabu kantan dan kacang botol bersama keropok ikan tersebut, siapa sangka semua itu makanan kegemarannya.

“Saya memang sukakan nasi lemak dan nasi kerabu bahkan ia makanan kegemaran. Justeru, untuk misi terbesar menaikkan masakan Malaysia, saya memilih salah satu daripada elemen menu tersebut untuk digabungkan.

“Jadi, terhasillah menu nasi lemak bunga telang. Nasi berkenaan menggunakan warna asli bunga telang, manakala keenakan rendang tidak boleh disangkal lagi sebab itulah ia menjadi pilihan hati. Pernah habis licin hidangan itu dek keletah juri yang makan berulang kali pada kejohanan di Ottawa, Kanada pada 2016,” ujar anak ketujuh daripada sembilan beradik itu.️

- Advertisement -

BACA JUGA: Berkebolehan Membaca Seawal 2 Tahun Menjadikan Muhammad Haryz Ahli Termuda Dalam Persatuan IQ Tinggi Dunia

Inovasi penciptaan menu pilihan hatinya sentiasa membuatkan gadis berusia 28 tahun itu keterhadapan. Nah! menu kerabu kantan kacang botol yang diolah menjadi bukti kreativitinya.

Bekas juara Cabaran Cef Kedutaan 2016 itu sangat menyukai aroma bunga kantan dan mencuba kelainan menghasilkan kerabu untuk memikat hati juri selain nasi lemak berwarna biru keunguan.

Nasi Lemak Biru
RESIPI nasi lemak bunga telang berjaya menaikkan nama Siti Safura ke persada dunia.

Menu kreatif

- Advertisement -

“Pada mulanya saya terfikir nak buat menu yang lain daripada lain menggunakan bunga kantan. Bila mencuba banyak kali dan olah resipi, akhirnya terhasillah kerabu kantan kacang botol dengan aroma cukup memikat.

“Pemilihan bunga telang juga menarik perhatian juri kerana mereka barangkali belum pernah melihat nasi lemak berwarna seperti itu sehinggakan saya terpaksa memberikan penerangan berulang kali,” ceritanya kepada Sinar Plus baru-baru ini.

Bukan sahaja warnanya yang cantik, bunga telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri.

Nasi Lemak Biru Safura
NAMA Safura terus menjadi sebutan selepas menjadi peserta termuda yang berjaya menewaskan cef berpengalaman.

Cef peribadi Kedutaan Malaysia di Dublin, Ireland itu berkongsi minat terhadap masakan yang dipupuk sejak kecil kerana keluarganya ada mengusahakan kedai makan di Ranau, Sabah. Seawal umur 10 tahun lagi, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kulinari itu sudah pandai menebar roti canai ketika menolong keluarganya berniaga makanan sebelum berpindah ke Temerloh, Pahang.

“Memang saya ada simpan cita-cita nak buka sebuah restoran memandangkan sudah menjadi impian untuk saya perkenalkan hidangan 100 peratus resipi Malaysia termasuk ramuan ibu sendiri yang amat saya cintai.

“Jika diberi peluang lagi, saya akan buat yang terbaik demi perkenalkan masakan negara pada pertandingan akan datang. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan,” katanya.

Nasi Lemak Biru Safura
SUKA memasak menu Melayu menjadikan nama anak jati Ranau, Sabah ini terus melonjak di persada kulinari dunia.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL