spot_img

Pernah Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Bangkit Berdiri Semula

- Advertisement -

TIDAK lengkap makan makanan bergoreng tanpa sos cili dan kini terdapat pelbagai jenama pilihan di pasaran. Pasti ada daripada anda diluar sana yang masih ingat sos jenama Aminah Hassan yang terkenal satu ketika dahulu.

Sebut sahaja sudah mengimbau kenangan masa kecil, bukan? Makan ayam goreng, pisang goreng dan pelbagai lagi cicah sos cili. Jenama Aminah Hassan ini boleh dikatakan setanding dengan jenama-jenama lain seperti Life, Kimball dan sebagainya.

Jenama Aminah Hassan bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Untuk pengetahuan anda, perniagaan ini diusahakan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Sebenarnya perniagaan ini telah bermula secara kecil-kecilan pada tahun 1966 di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.

- Advertisement -

Kemudian, perniagaan berkembang maju dan kilang pengeluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang. Kini, perniagaan ini telah diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Daripada hanya menjual sos cili, kemudian jenama Aminah Hassan ini tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Akan tetapi, pasti anda sedar akan kehilangan jenama sos ini di pasar raya, bukan? Sebenarnya ada khabar angin mendakwa bahawa sos tersebut telah dimiliki bangsa asing dan dijual di syarikat lain selepas pengasasnya meninggal dunia. Berikutan itu, produk tersebut tidak lagi mendapat sambutan dan terpaksa ditutup operasi kerana mengalami kemerosotan.

- Advertisement -

Terbaharu, pihak syarikat Aminah Hassan menjelaskan perkara sebenar justeru menafikan khabar angin yang telah tersebar. Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya seketika.

Difahamkan kini, sos cili jenama Aminah Hassan telah mula dijual semula di beberapa lokasi sahaja dan anda boleh dapatkan sos cili ini untuk nikmati rasa sos cili ‘legend’ ini. Pengguna juga boleh mendapatkan sos cili jenama Aminah Hassan secara terus di Shopee.

- Advertisement -

Yang masih mencari dimanakah sos cili AminahHassan? Boleh check update lokasi terkini yang menjual sos cili AminahHassan di Facebook rasmi Aminah Hassan

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL