spot_img

‘Berjimat’ Paling Extreme, Akauntan Ini Sanggup Cari Makan dalam Tong Sampah

- Advertisement -

NEW YORK yang terkenal dengan julukan ‘Kota Yang Tidak Pernah Tidur’ merupakan satu kota yang terbesar di Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, jumlah penduduk yang padat sekitar 8 juta penduduk menjadikan ia sebagai kota yang sentiasa sibuk tidak kira siang atau malam. Bahkan kos sara hidup di New York juga dikatakan kos paling tertinggi di dunia. Namun, bagi Kate Hashimoto ia bukanlah penghalang baginya untuk hidup dalam berjimat bahkan difahamkan beliau cuma membelanjakan sekitar $200 (RM827) sebulan.

Beliau yang berkerja sebagai akauntan memilih untuk berjimat secara extreme dimana beliau hanya akan membeli keperluan yang tertentu dalam keadaan yang terdesak sahaja.

Menerusi satu temubual yang diadakan dalam rancangan TLC Extreme Cheapskates beliau difahamkan telah menetap di New York hampir 3 tahun dan mengamalkan cara paling extreme dalam berjimat.

- Advertisement -

“Jika saya perlu membelanjakan wang, saya akan mengelakkannya, saya hanya akan bayar pada harga yang paling murah sahaja.”

Apa yang mengejutkan beliau juga sanggup mencari makanan di dalam tong sampah dengan tujuan untuk mengelakkan perbelanjaan. Malah beliau juga difahamkan tidak akan keluar makan bersama rakannya kecuali mereka bersetuju untuk membelanja beliau sahaja.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, beliau mendakwa mengamalkan sistem kehidupan yang minimalis dan unik. Dimana beliau memperoleh perabot, katil dan tilam dirumahnya secara percuma di tempat pembuangan manakala meja makan beliau pula menggunakan buku dan majalah lama yang dialas.

Tidak Pernah Beli Pakaian Dalam Sejak Tahun 1998

Bahkan, beliau yang juga obses dengan cara berjimat paling extreme mengakui bahawa sudah lapan tahun tidak pernah membeli pakaian baharu mahupun pakaian dalam baharu sejak tahun 1998.

- Advertisement -

Beliau juga mendakwa tidak berminat untuk membeli tisu kerana berpendapat ia boleh didapat secara percuma di tandas awam. Malah beliau lebih suka menggunakan air untuk membersihkan diri di tandas awam.

Kate juga dilaporkan tidak pernah menggunakan perkhidmatan dobi sebaliknya menggunakan tandas awam untuk membasuh pakaian beliau.

Mencari Makanan Dalam Tong Sampah Pada Waktu Malam

Walaupun mempunyai pekerjaan yang baik, beliau lebih sanggup memilih untuk menjadi gelendangan pada waktu malam untuk mendapatkan bekalan makanan. Beliau berbuat sedemikian kerana tidak mahu mengeluarkan wang perbelanjaan untuk makanan.

Beliau turut memaklumkan hanya akan mengambil makanan dari tong sampah yang berada dalam keadaan yang baik serta tertutup bagi mengelakkan daripada kekotoran.

Difahamkan juga, beliau mendakwa masih terdapat makanan yang berkualiti tinggi termasuk makanan organik dan makanan sudah siap di masak di tong sampah yang terdapat di pasar raya.

Berbelanja Sekitar $200 (RM827) Berbanding Kos Sebenar $1300 (RM5377)

Disebabkan terlalu obses dan extreme dalam berjimat, beliau difahamkan hanya berbelanja sekitar $200 sebulan berbanding kos sebenar iaitu $1300 sebulan. Gaya hidup beliau nyata membuatkan ramai pihak terkejut serta mendapat perhatian rang ramai. Malah ada yang berpendapat bahawa mereka tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan seharian beliau yang dikatakan terlalu extreme dalam berjimat.

Bahkan tempat memasak beliau juga dijadikan sebagai tempat penyimpanan barangan kerana beliau berpendapat memasak akan mengeluarkan kos seperti elektrik, air dan sebagainya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL