spot_img

Kelebihan Permainan Pop-It, Bantu Anak Kenal Huruf Dan Nombor, Ini Caranya!

- Advertisement -

MASIHKAH anda ingat, suatu ketika dahulu permainan fidget yang sangat popular adalah Spinner. Ia menjadi satu permainan yang sangat popular sekitar tahun 2017. Bahkan timbul juga beberapa kontroversi akan permainan tersebut seperti ketagihan dan boleh mendatangkan kecederaan.

Fidget spinner ini sebenarnya digunakan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah tumpuan serta hyperaktif. Ia digunakan untuk membantu untuk melatih mereka supaya menjadi lebih fokus kepada sesuatu benda.

Namun, disebabkan penjualan yang berleluasa dan ia merupakan permainan baru yang sedang popular pada saat itu, maka kebanyakkan yang membelinya juga terdiri daripada kanak-kanak yang normal yang tidak mempunyai sebarang masalah daya tumpuan. Disebabkan itulah ia mendorong kepada ketagihan apabila keterlaluan menghabiskan masa dengan bermain fidget spinner pada satu-satu masa.

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, permainan fidget terbaru yang menjadi kegilaan pada masa kini ialah permainan pop timbul atau lebih dikenali sebagai Pop-It dikatakan boleh membantu penggunanya menghilangkan stress serta membantu kanak-kanak untuk belajar. Malah ia sangat berguna untuk kanak-kanak bagi meningkatkan daya sensori mereka.

Bukan sekadar menarik minat kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut tertarik dengan permainan tersebut. Malah harga yang ditawarkan juga agak murah di pasaran.

Sebenarnya, ia diperbuat daripada silikon dan dihiasi dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik serta mempunyai ukuran yang berbeza. Konsepnya sama seperti ‘bubble wrap’ ia menghasilkan bunyi yang lembut serta memuaskan, malah ia boleh dimainkan secara berulang kali dengan menekan bahagian depan atau belakang mainan tersebut. Ia juga mengeluarkan bunyi seperti ‘pop’ seakan-akan bunyi bubble wrap.

- Advertisement -

Tahukah anda ia bukan sekadar membantu meningkatkan daya sensori anak kecil malah membantu kanak-kanak kecil mengenal huruf dan nombor hanya menggunakan permainan Pop-It.

Jom ketahui lebih lanjut cara menggunakan Pop-It sebagai bahan bantu belajar.

Membantu Kanak-Kanak Menjadi Lebih Fokus

Dalam satu kajian yang dijalankan, difahamkan permainan fidget ini boleh membantu kanak-kanak dan orang dewasa untuk menjadi lebih fokus terutama mereka yang mempunyai masalah seperti isu anxiety serta tidak boleh menumpukan perhatian. Ia sebenarnya digunakan sebagai salah satu alat terapi.

- Advertisement -

Menurut kajian juga, belum ada maklumat yang sah mengenai keberkesanan penggunaan fidget tersebut, akan tetapi terdapat beberapa peningkatan yang ketara dari segi sikap, perhatian, kebolehan menulis, dan kmunikasi sesama rakan sebaya kanak-kanak tersebut.

Sebagai Alat Penghilang Stress

Bukan orang dewasa sahaja yang mengalami stress. Akan tetapi difahamkan kanak-kanak juga mengalami stress pada tahap mereka. Apatah lagi musim pandemik ini menyebabkan mereka tidak dapat keluar kemana-mana menjadi salah satu faktor mengapa kanak-kanak ini mudah stress.

Jadi apabila ia melibatkan stress, maka pelbagai emosi akan dikeluarkan melalui tangisan dan pekikan kanak-kanak. Permainan Pop-It ini boleh membantu kanak-kanak tersebut merasa lebih tenang dengan memicit-micit gelembung secara berulang-ulang. Malah ia boleh digunakan sebagai medium untuk mereka lepaskan keresahan mereka.

Bunyi yang dihasilkan juga dikatakan mampu untuk menenangkan perasaan kanak-kanak yang mempunyai masalah stress. Bukan kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa juga mengakui bahawa ia sangat membantu mereka untuk merasa lebih tenang.

Sebagai Satu Alat Pembelajaran Yang Menarik 

Dalam satu perkongsian di Facebook Amiera Zulaikha beliau berkongsi tips pembelajaran untuk kanak-kanak dengan menggunakan Pop-It. Salah satu kaedah yang digunakan adalah kaedah ‘Pop dan eja perkataan’.

Kaedah ini boleh menguji anak anda kefahaman dalam huruf dan ejaan. Tanyakan soalan dan minta anak-anak menekan huruf di pop-it tersebut, samada untuk mengenal huruf atau mengeja ayat ringkas yang tiada huruf berulang.

Ia dapat melatih kanak-kanak lebih cepat mengenal huruf vokal, konsonan dan seterusnya mengeja ayat dengan betul. Pasti anak-anak akan teruja dengan pembelajaran sebegini yang amat menghiburkan mereka.

Membantu Mengenal Nombor Dan Mengira Dengan Mudah

Dalam matematik juga anda boleh menggunakan pop-it ini dengan membuat turutan nombor dengan marker/pen.

Tanyakan anak anda soalan ringkas tambah atau tolak dan suruh mereka mengiranya.

Jika tambah suruh anak anda tekan gelembung pop-it tersebut mengikut soalan, dan kira jumlah gelembung yang telah ditekan.

Jika soalan tolak, timbulkan kembali (release) gelembung pop-it tersebut, dan kira jumlah gelembung popit yg masih tinggal/yang telah ditekan. Anda akan mendapati pembelajaran sebegini amat memudahkan kanak-kanak.

Semoga tips yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada kanak-kanak serta membantu mereka untuk menghilangkan stress. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai satu koleksi kerana warna dan kepelbagaian bentuk serta datang dalam pelabagi saiz.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL