spot_img

KFConsole, Konsol Permainan Video Terbaru Dari KFC

- Advertisement -

DUNIA permainan game bukanlah sesuatu yang baharu. Malah ia juga bergerak seiring dengan peredaran teknologi. Bahkan ia menjadi pilihan utama pada zaman sekarang kerana mampu memberikan pulangan wang yang lumayan.

Jika dahulu, dunia permainan video ini telah didominasikan oleh dua konsol legend iaitu Nintendo dan Sega. Namun pada hari ini, terdapat banyak konsol yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat terkenal seperti Sony telah menghasilkan Playstation siri 1 sehingga siri 5. Manakala Microsoft juga bersaing hebat dengan mengeluarkan pelbagai siri Xbox.

Ini menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi dalam dunia permainan video game. Malah ia tidak pernah pupus ditelan zaman. Bahkan ia sentiasa diperbaharui melalui teknologi yang sedang berkembang pesat bersesuaian dengan permintaan para pemainnya.

- Advertisement -

Namun, konsol yang popular di pasaran berkemungkinan akan mempunyai saingan yang baru tidak lama lagi. Apa tidaknya, Kentucky Fried Chicken (KFC) yang terkenal dalam bidang makanan segera difahamkan dalam usaha untuk mengeluarkan permainan konsol baharunya yang dinamakan sebagai KFConsole.

Dianggap Sebagai Hoax Pada Mulanya

Kebanyakkannya mengetahui KFC merupakan satu rangkaian makanan segera yang sangat popular di seluruh dunia. Malah ia tidak pernah berganjak sedikit pun dari tema asalnya selama bertahun-tahun lamanya.

- Advertisement -

Namun, pada awal Jun 2020, KFC telah membuat pengumuman akan mengeluarkan satu konsol permainan video game maka ramai yang berpendapat ia hanyalah hoax semata-mata untuk meraih publisiti murahan.

Apabila KFC sekali lagi membuat pengumuman rasmi mengenai KFConsole pada Disember 2020, barulah ia dianggap sebagai sesuatu yang serius dan ia bakal berada dipasaran kelak.

KFConsole dan Chicken Chamber

- Advertisement -

KFConsole ini sebenarnya dihasilkan oleh KFC Gaming dengan kerjasama daripada Cooler Master iaitu sebuah syarikat perkakasan komputer di Taiwan. Apa yang menarik, bentuk rupa KFConsole ini diambil daripada salah satu design daripada KFC Bargain Bucket.

Cooler Master merupakan satu nama yang besar dan terkenal dalam dunia PC gaming. Maka perkakasan yang digunakan untuk KFConsole ini juga merupakan perkakasan yang digunakan pada PC. Antara spesifikasi yang digunakan adalah seperti :

  • Casis Khas Cooler Master NC100
  • Intel Core i9-9980HK CPU yang ditempatkan di Intel Nuc 9 Extreme Compute Element
  • 2 PCle NVMEe Seagate CarraCUda 1TB SSD
  • Hot-Swappable GPU ( Kemungkinan kad Asus RTX, belum didedahkan secara rasmi)
  • Mempunyai VR, Ray Tracing dan boleh mencapai sehingga 240fps (frame per second)

Jika dibandingkan spesifikasi KFConsle ini, ia sendiri mempunyai banyak kelebihan berbanding Playstation 5 mahupun Xbox Series X. Bahkan apa yang menarik perhatian, ia bukan sekadar konsol video game semata-mata malah ia juga diciptakan sebagai alat pemanas ayam goreng di dalam casisnya.

Haba yang panas yang terhasil daripada KFConsole ini difahamkan akan disalurkan ke dalam ruang casis untuk membolehkan ayam goreng atau makanan lain berada dalam keadaan panas. Difahamkan juga, semakin tinggi penggunaan konsolnya, semakin panas makanan yang berada di ruang casis tersebut.

Bagaimanapun, walaupun ia kedengaran pelik tetapi menarik, ramai yang beranggapan ia merupakan satu idea yang kurang menarik iaitu memanaskan makanan di ruang casing komputer, namun dengan kerjasama daripada pihak Cooler Master berkemungkinan ia pasti sudah diubah suai mengikut keperluannya.

Sehingga hari ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai harganya. Namun, ramai yang beranggapan ia kan lebih mahal berbanding dengan konsol yang sedia ada di pasaran. Bahkan ia berkemungkinan tidak dihasilkan secara besar-besaran dan hanya terhad di pasaran.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL