Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Punca Mengapa Ramai Anak Muda Menerima Rawatan Dialisis
spot_img

Punca Mengapa Ramai Anak Muda Menerima Rawatan Dialisis

- Advertisement -

DIALISIS merupakan satu proses penyingkiran toksin, air dan pelarut berlebihan di dalam darah dengan menggunakan mesin khas yang menggantikan peranan ginjal manusia yang tidak lagi mampu berfungsi secara normal.

Kebiasaannya, proses dialisis ini dilakukan untuk membuang sisa-sisa metabolisma serta lebihan cecair agar tidak berkumpul di dalam tubuh badan dengan tujuan membantu tubuh badan berfungsi dengan baik serta seimbang.

Terdapat banyak pusat-pusat kesihatan yang menawarkan rawatan ini seperti di hospital atau klinik kerajaan mahupun swasta. Bahkan, perkhidmatan dialisis di rumah juga disediakan bagi yang memerlukan.

- Advertisement -

Kebanyakkan yang menerima rawatan ini biasanya yang kita dengar datang dari kalangan warga emas. Namun sejak kemunculan beberapa produk kecantikan, kesihatan serta pemakanan yang tidak sihat menjadi penyumbang utama kadar peningkatan kes bagi rawatan dialisis ini dikalangan usia muda.

Rentetan itu, tertubuhnya satu ruang platform perkongsian di Facebook yang dinamakan sebagai ‘Dialisis Patient Group In Malaysia’ yang rata-ratanya ahlinya adalah pesakit yang sedang berjuang dengan rawatan dialisis tersebut.

Sehubungan itu, salah seorang daripada ahlinya telah menulis persoalan ingin mengetahui punca mengapa ramai diantara yang menerima rawatan tersebut datang dari kalangan yang berusia muda.

- Advertisement -

“Assalamualaikum tumpang tanya, sekadar ingin tahu, saya nampak ramai yang usia muda kena dylisis. Boleh saya tahu apa punca selain dari 3 serangkai penyakit”

Susulan daripada itu, ramai yang telah memberikan jawapan berbentuk komen yang agak mengejutkan.

- Advertisement -

Kebanyakkannya mendakwa pemakanan yang tidak sihat adalah antara salah satu punca mengapa pesakit menjalani rawatan tersebut. Makanan segera, dan minuman berkarbonat menjadi punca yang membolehkan buah pinggang mereka rosak.

Akan tetapi, punca utama yang sangat membimbangkan dan turut menjadi penyumbang utama kadar peningkatan penerimaan rawatan ini dikalangan usia muda adalah disebabkan terlalu obses kepada kecantikkan seperti pil kurus, produk pemutih, jamu kecantikan malah kosmetik juga boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

Lambakan produk kesihatan dan kecantikan yang dijual secara berleluasa serta taktik jualan yang mengelirukan serta pelbagai testimoni yang tidak diketahui kebenarannya menyebabkan ramai yang mudah terperdaya untuk mengamalkannya dan akhirnya memakan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga diantara mereka berpendapat bahawa penggunaan ubat keras yang dijual secara terbuka juga menjadi salah satu punca mereka menerima rawatan tersebut.

Bahkan, pengambilan ubat-ubatan secara kerap juga mendorong kerosakan buah pinggang. Namun, mereka juga menyatakan pengambilan ubat-ubatan itu disebabkan penyakit lain yang sedia ada.

Jika dilihat kembali, sudah terlalu banyak kempen pencegahan penggunaan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang meragukan telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM).

Bahkan produk kecantikan seperti kosmetik yang mengandungi merkuri yang tinggi juga bukan sekadar mengakibatkan iritasi, malah yang lebih parah menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Malah ramai juga para doktor yang bertauliah sebaik mungkin membantu memberi ilmu kesihatan kepada masyarakat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat terjamin.

Namun, sikap sesetengah pengusaha produk kesihatan dan kecantikan yang meneguk di air yang keruh membuatkan ramai masyarakat terpedaya dengan iklan yang diberikan.

Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin maka berhati-hatilah memilih produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di pasaran. Dapatkan nasihat doktor yang bertauliah untuk masalah kesihatan yang dialami dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang diberikan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL