spot_img

Inovasi Campuran Darah, Urin, Peluh Dan Airmata, Hasilkan Konkrit Yang Lebih Padu

- Advertisement -

INOVASI yang diilhamkan oleh saintis dari University Of Manchester dikatakan telah mencipta pelekat yang dikenali sebagai AstroCrete bagi mengatasi masalah dan kos menghantar peralatan ahan binaan ke angkasa lepas.

Protein yang dihasilkan daripada darah manusia, kemudian dicampurkan dengan urin, peluh dan juga airmata itu dikatakan mampu menghasilkan pelekat yang membentuk konkrit di bulan dan planet Marikh.

Gam itu dipercayai mampu mencantumkan tanah dibulan atau Marikh yang difahamkan ia mampu menghasilkan bahan seperti konkrit malah ia lebih kuat daripada konkrit biasa.

- Advertisement -

Bahkan, setakat ini penyelidik juga mendapati bahan yang digunakan itu mempunyai 300 peratus lebih kuat daripada konkrit biasa.

Sainstis yang mengkaji bahan tersebut turut menjelaskan sekurang-kurangnya lebih 500 kilogram(KG) AstroCrete dapat dihasilkan dalam misi penerokaan ke planet Marikh selama dua tahun oleh enam angkasawan.

- Advertisement -

Selain itu, menurut para penyelidik juga berkata, angkasawan tersebut berpotensi untuk membina ‘standard bata tanah merah’ dalam masa satu bulan dengan beranggapan mereka perlu menderma satu liter darah 2 kali seminggu. Bahan itu dikatakan mampu pergi lebih jauh dan boleh digunakan sebagai mortar diantara beg pasir.

Pun begitu, harganya juga dikatakan mencecah jutaan ringgit iaitu AS$2 Juta (RM8.3 Juta) bagi sebiji batu bata untuk dibawa ke Marikh.

Dr. Aled Roberts dari University Of Manchester yang mengasaskan projek itu menjelaskan ia merupakan satu teknik baharu dan mempunyai banyak kelebihan berbanding teknik pembinaan lain yang dicadangkan di bulan dan Marikh.

- Advertisement -

“Saintis berusaha membangunkan teknologi bersesuaian bagi menghasilkan bahan seperti konkrit di permukaan Marikh, tetapi kita tidak pernah berhenti untuk berfikir bahawa jawapannya mungkin ada dalam diri kita selama ini,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pasukan penyelidikan juga berpendapat penggunaan protein biasa yang terdapat didalam plasma darah atau lebih dikenali sebagai albumin serum manusia itu sebenarnya akan bertindak sebagai pelekat debu kosmik. Apatah lagi apabila menambah air kencing, peluh serta airmata manusia mampu meningkatkan kemampuan serta kekuatan binaan konkrit tersebut.

Walaupun bentuk AstroCrete kelihatan kusam dan tidak menarik, para penyelidik juga berkata, ia boleh dibentuk dengan pelbagai bentuk menggunakan teknologi 3D Printing.

Terdahulu, pada tahun lalu, penyelidik dari University Teknologi dan Rekaan Bentuk Singapura turut mencadangkan penggunaan zat yang terdapat pada sisik ikan dan kulat yang dikenali sebagai chitin untuk membina habitat di Marikh.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL