spot_img

Lebih 1500 Komuniti LGBT Dari Rakyat Malaysia Di Hantar Ke Kem Pemulihan Tahun Ini

- Advertisement -

PADA tahun ini, Kerajaan Malaysia dilaporkan telah menghantar 1,733 rakyat Malaysia dari komuniti lesbian, gay, bisesksual dan transgender (LGBT) ke kem pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lapor The Malaysia Insight.

Dalam jawapan bertulis kepada parlimen, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa program yang dikenali sebagai Mukhayyam merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk memulihkan ‘gaya hidup’ dan ‘orientasi seksual’ mereka yang berada di dalam kelompok LGBT.

“Kerajaan serius dengan isu yang melibatkan golongan LGBT di negara ini kerana Malaysia adalah negara yang menganut agama Islam.” kata Ismail Sabri menjawab pertanyaan yang diajukan oleh seorang anggota parlimen, Abdullah Sani Abdul Hamid, mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani masyarakat LGBT di Malaysia.

- Advertisement -

Ismail Sabri menjelaskan bahawa mereka yang dihantar ke kem diajar tentang agama, kesihatan, HIV dan AIDS oleh JAKIM, dan program ini adalah kerjasama dengan beberapa jabatan Islam negeri, Kementerian Kesihatan, majlis agama negeri dan pihak berkuasa zakat (sedekah).

“Mana-mana individu yang melanggar undang-undang harus menghadapi tindakan. Namun, pada masa yang sama, mereka harus dibimbing dan diberi perhatian agar mereka dapat kembali ke jalan yang benar.”

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

“Ahli politik yg terlibat dgn puak ni pun kena masuk kem pemulihan sebenarnya. Terbaik” – Fazirul Mubin

“Betul, Jabatan perlu ambil tindakan. Tak boleh di biarkan berleluasa..” – Ahmad Mustaqim Yusuf

“Si puak² pelangi ni dapat 1 bulan kononya month ape benda ntah. Tapi wira² yang berjuang perang dunia dulu dapat berape 1 hari je. Laung kemain lagi we brave we brave kepala nenek dia wira² perang dunia dulu rentas hujan peluru nak dapatkan perkataan kemerdekaan.” – Khairul Nazim

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL