spot_img

Seorang Ibu Sanggup Meminum Air Kencingnya Sendiri Demi Menyusukan Anaknya Sebelum Meninggal Dunia Akibat Tragedi Kapal Karam

- Advertisement -

Tragedi Venezuelan dimana seorang ibu berusaha menyelamatkan kedua-dua anaknya selepas kapal mereka tenggelam selama empat hari dengan meminum air kencingnya sendiri demi menyusukan anaknya sebelum disahkan meninggal dunia.

Mariely Chacon, 40 tahun dikatakan berusaha membuat kedua-dua anaknya Jose David dan Maria Beatriz Camblor Chacon tetap hidup walaupun kapal mereka hancur oleh gelombang berikutan perjalanan ke sebuah pulau di Lautan Atlantik.

- Advertisement -

Wanita tersebut difahamkan meminum air kencingnya sendiri untuk memiliki tenaga bagi menyusui anaknya berusia enam tahun dan dua tahun itu ketika mereka berada di bangkai kapal sejauh 70 batu ke laut.

Selepas empat hari, pasukan para penyelamat mendapati kanak-kanak tersebut didapati memegang mayat ibu mereka di serpihan-serpihan kapal dan mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan keadaan dehidrasi dan luka bakar tahap pertama.

Ibu dan anak-anaknya berada di atas kapal bersama pengasuh mereka yang selamat semasa kejadian telah bersembunyi di dalam peti sejuk untuk menahan diri daripada panas laut.

- Advertisement -

Tetapi lima yang lain termasuk suami Chacon dan ayah kepada kanak-kanak Remis David Camblor dikhabarkan masih hilang.

Turut dilaporkan, seramai sembilan orang dikatakan yang berasal daripada Venezuela telah pergi bercuti menuju ke pulau La Tortuga yang tidak berpenghuni pada 3 September lalu.

Anak kepada mangsa kejadian sedang berpaut dengan mayat tubuh ibu mereka.

- Advertisement -

Bagaimanapun, menurut laporan, Chacon dikatakan meninggal kerana kegagalan organ yang disebabkan oleh dehidrasi yang tinggi dengan menyusukan anak-anaknya dengan meminum air kencingnya sendiri.

Suami kepada wanita tersebut juga menyatakan bahawa percutian itu adalah percutian bersama keluarganya untuk menghiburkan anak-anaknya tetapi dia sendiri tidak menyangka apabila ia bertukar menjadi tragedi selepas kapal mereka dipukul oleh gelombang laut yang kuat sehingga menyebabkannya karam.

Pihak berkuasa juga melaporkan bahawa anak-anak mangsa bukan sahaja mengalami kecederaan fizikal malah mereka juga mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Manakala usaha pencarian mangsa-mangsa lain masih dijalankan dan pihak berkuasa berharap bahawa mereka masih hidup dan misi pencarian dikatakan sedang dipercepatkan dan diperluaskan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL