Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tragedi Nahas Pertama Di Malaysia, Rampasan Pesawat MH653
spot_img

Tragedi Nahas Pertama Di Malaysia, Rampasan Pesawat MH653

- Advertisement -

SUDAH hampir 44 tahun berlalu, namun tragedi nahas pesawat MH653 di Tanjung Kupang ini masih menjadi persoalan sehingga hari ini. Dukacita dikhabarkan pada 4 Disember 1977 pesawat Boeing 737-2H6 itu dikatakan telah terhempas di Johor susulan berlakunya ‘rampasan’ pesawat. Insiden ini merupakan insiden pertama yang berlaku sepanjang dalam industri penerbangan di Malaysia yang mengorbankan 93 penumpang serta 7 anak kapal yang terbunuh serta merta.

Tragedi Bermula

Pada 4 Disember 1977 di Lapangan Terbang Pulau Pinang, pesawat MH653 ini telah dijadualkan berlepas menuju ke Lapangan Terbang Subang sekitar jam 7.15 malam. Malah dilaporkan terdapat beberapa VIP berada di dalam kapal terbang tersebut iaitu Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Bin Ahmad dan Duta Cuba ke Jepun iaitu Mario Garcia Inchaustegui.

- Advertisement -

Bagaimana pun, turut dilaporkan bahawa semasa hari kejadian, ada khabar angin menyatakan salah seorang pengawal keselamatan Datuk Seri Ali telah membawa senjata api serta enggan memberikan kerjasama sebelum menaiki kapal terbang tersebut. Akan tetapi mereka akhirnya dibenarkan juga berada di dalam pesawat setelah didesak.

Seperti biasa, Kapten juruterbang pada masa itu iaitu Kapten G.K Ganjoor akan duduk di bahagian kokpit dan mula membuat pemeriksaan pra-penerbangan untuk memastikan semua keselamatan pesawat berada dalam keadaan selamat. Bahkan difahamkan juga, ia merupakan hari yang istimewa kerana beliau dan isterinya akan menyambut ulang tahun juruterbang mereka masing-masing.

Kemudian, seperti penerbangan lainnya ia berlepas tanpa sebarang masalah. Namun, ketika menghampiri lapangan terbang Subang lebih kurang setengah jam kemudian ‘rampasan’ pesawat pun berlaku.

- Advertisement -

Semasa Kapten Ganjoor menarik gear untuk melakukan pendaratan difahamkan ada seseorang telah mengetuk pintu kokpit. Beliau memberitahu pembantu juruterbang bahawa pintu kokpit tersebut tidak berkunci dan membenarkan orang yang mengetuk masuk. Maka suspek ‘rampasan’ kapal terbang pun difahamkan masuk ke dalam kokpit dan menjerit ke arah kapten Ganjor dengan mengarahkannya memutuskan perhubungan radio ke semua stesen.

“Keluar! Putuskan semua hubungan radio! Putuskan semuanya sekarang!” kata suspek menerusi transkrip kotak hitam MH653.

Walaupun berada didalam situasi cemas, difahamkan bahawa Kapten Ganjoor tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda panik. Beliau juga bertanya kepada suspek rampasan kapal terbang tersebut hendak pergi ke mana kerana minyak kapal terbang yang ada hanya cukup untuk ke Singapura sahaja.

- Advertisement -

Maka, suspek tersebut pada masa itu tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa bersetuju serta mengarahkan agar Kapten Ganjoor melaporkan pesawat akan menuju ke Singapura.

Dalam situasi yang cukup mendebarkan, Kapten Ganjoor juga sempat memberikan arahan kepada pramugari yang bertugas untuk menenangkan kesemua penumpang agar tidak panik dan terus memberikan servis layanan seperti biasa.

“Sekarang, jangan cakap apa apa dengan penumpang ok. Saya tak nak penumpang buat hal. Bagitahu mereka yang kita akan mendarat di Singapura sebab cuaca atau apa-apa la ok… jangan bagitahu mereka apa-apa, semuanya ok, kita biarkan pintu terus berkunci.

Tutup (pintu) sekarang – relax – layan tetamu jika mahu,” kata Kapten G. K Ganjoor kepada pramugari, daripada transkrip kotak hitam MH653.

Butiran Perincian Mengenai Tragedi

Menurut laporan juga, juruterbang tersebut telah memberikan amaran kepada menara kawalan Lapangan Terbang Subang 20 Minit sebelum tragedi berlaku. Mesej yang disampaikan ke menara kawalan telah memberitahu bahawa pesawat tersebut telah dirampas oleh kumpulan Tentera Merah Jepun (JRA) yang memiliki bahan letupan bersama mereka ketika itu.

Pendaratan yang sepatutnya dijadualkan ke Subang dibatalkan dan pesawat tersebut dikatakan menuju ke Singapura. Berikut merupakan butiran perincian tragedi tersebut :

7.21PM : Pesawat MH653 berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur dengan 93 penumpang dan 7 krew kapal

7.56PM : Pesawat berada di ruang udara Baru Arang di ketinggian 4000 kaki

7.47PM : Juruterbang menghubungi Menara Kawalan dan memberitahu “653 going around” dan mesej itu dibalas oleh Menara Kawalan dengan “653 is cleared to land, surface wind calm”.

Ketika ini terdapat juga pesawat lain yang menunggu pelepasan untuk mendarat di lapangan terbang yang sama selepas MH653. Juruterbang tersebut bertanya What’s your problem?” dan dijawab oleh jututerbang MH653, “We have emergency on board”.

Pesawat kedua kemudian meminta Menara Kawalan memerika dengan lebih lanjut. Krew MH653 pasa masa itu kemudiannya memberitahu “We have a hijacker on board”.

7.49 PM : MH653 memberitahu “Maintaning 3000 coming over Kuala Lumpur (beacon) in 2 minutes, hijacker on board” dan dibalas oleh Menara Kawalan, “Cleared to land on Runway 33 with no delay”.

MH653 kemudian membalas, “We are now proceeding to Singapore” dan bertanya “Understand message received?”. Menara Kawalan membalas, “Message received, understood”.

8.05 PM : Mengikut prosedut biasa, Pusat Kawalan Kawasan di Kuala Lumpur memberitahhu Pusat Kawalan Kawasan Singapura tentang perkara tersebut dan meminta agar membenarkan MH653 terbang di ketinggian 21,000 kaki.

8.08 PM : Pelepasan seterusnya diberikan oleh Pusat Kawalan Singapura untuk pesawat menurun ke ketinggian 7000 kaki.

Pusat Kawa;an kemudia menghantar mesej seterusnya namun tidak diterima berkemungkinan disebabkan terputus hubungan dan menyebabkan prosedur kecemasan dimulakan oleh kedua-dua Pusat Kawalan Kuala Lumpur dan Singapura.

Pasukan Keselamatan Singapura yang bersedia untuk misi menyelamat.

8.30 PM : Menurut laporan polis, MH653 sedang menuju ke Tanjung Kupang di Mukim Gelang Patah Johor pada ketika itu. Saksi kejadian termasuklah konstable plis yang kemudiannya melaporkan nahas itu dengan segera di balai polis berdekatan.

Serpihan pesawat tersangkut di atas pokok

Terdengar Beberapa Das Tembakan

MH653 pada masa itu telah pun melintasi melaka dan menghampiri Baru Pahat. Pada saat itu, mereka semakin hampir dengan Singapura.

Namun, sekitar jam 8.33 malam disebabkan khuatir ditipu oleh juruterbang, suspek difahamkan telah menembak kedua-dua juruterbang tersebut didalam pesawat

Tidak, tolong jangan – *tembakan* tidak… tolong tidak… *tembakan* tolong, oh…” – Kapten G.K. Ganjoor, dari transkrip kotak hitam MH653

Selepas beberapa das tembakan kedengaran, pelbagai bunyi penggera dan pemberitahuan telah dikeluarkan daripada dalam kokpit. Rakaman daripada kotak hitam menerangkan selepas suspek bertindak membunuh kedua-dua juruterbang, suspek cuba untuk mengawal pesawat itu sendiri namun gagal mengawalnya.

Semasa kejadian, terdapat beberapa saksi mendakwa bahawa mereka terlihat pesawat Boeing 737 itu turun naik pada sudut tajam secara berulang kali.

“Saya terdengar dua letupan dan sesuatu tiba tiba jatuh bersama api yang sangat marak. Pada mulanya saya ingat ianya merupakan latihan ketenteraan Singapura, tapi kemudiannya saya nampak ada nota RM50 dan sesuatu dengan logo MAS. Kemudian baru saya sedar tentang apa sebenarnya yang berlaku” kata Sulaiman Osman, saksi nahas MH653.

The New Straits Times, 5 Dec 1977.

Sekitar jam 8.36 malam, MH653 akhirnya terhempas di Tanjung Kupang, Johor di kawasan paya bakau. Beberapa saksi kejadian berkata, sebelum kapal terbang tersebut terhempas mereka mendakwa melihat satu letupan yang kuat. Namun, berdasarkan laporan rasmi siasatan pesawat tersebut ia mendakwa sebaliknya.

Misi Menyelamat

Pasukan pencari dan penyiasat tiba sejurus nahas tersebut berlaku. Tetapi malangnya, tidak ada seorang pun yang terselamat. Malah lebih menyedihkan tidak ada sesiapa pun dapat dikenal pasti pada ketika itu.

Pasukan keselamatan pada ketika itu mula berhenti membawa pengusung, kemudian mula membawa beg polystrene untuk mengumpul mana-mana bahagian badan hangus yang mereka temui di tempat kejadian.

Pasukan keselamatan membawa beg polystrene dalam pencarian mayat mangsa.

Kesemua mangsa nahas tersebut telah selamat dikebumikan di Memorial Tragedi Tanjung Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru sebagai tanda peringatan.

Walaupun berjaya menemui kotak hitam pesawat MH653, serta siasatan juga dilakukan di tempat nahas kejadian, tidak ada satu petunjuk pun yang mampu menjawab kesemua persoalan sehinggalah hari ini.

Batu peringatan di Tanjung Kupang, Johor.

Teori Dan Spekulasi Nahas MH653

Pelbagai teori dan spekulasi berkenaan insiden nahas tersebut terutamanya mengenai identiti suspek ‘rampasan’ pesawat. Ada yang mengatakan suspek merupakan militan vietanam. Apatah lagi pada masa itu Singapura telah menangkap tiga orang militan Vietnam yang bertanggungjawab merampas sebuah pesawat Air Vietnam.

Ada juga teori mengatakan mereka mungkin pengganas dari Cuba kerana Mario Garcia Inchaustegui turut berada di dalam pesawat MH653.

Selain itu, spekulasi lain adalah melibatkan pengawal peribadi Datuk Seri Ali bin Ahmad yang dikatakan merupakan salah seorang daripada suspek rampasan. Spekulasi ini merupakan satu dakwaan yang besar sehingga ia turut dibincangkan di parlimen. Malah ada yang tuduh menuduh diantara satu sama lain untuk melindungi imej Datuk Seri Ali dengan pernyataan kekurangan bukti yang rasmi.

Namun, terdapat satu teori yang kuat mengenai rampasan kapal tersebut. Teori tersebut adalah suspek yang merampas itu berkemungkinan besar daripada Japanese Red Army (JRA).

The Star melaporkan tentang teori rampasan merupakan Red Army sebagai subheader dalam akhbar mereka.

Japanese Red Army(JRA) atau Tentera Merah Jepun pada masa itu merupakan satu kumpulan militan yang ditubuhkan pada 1971. Matlamat asal JRA pada masa itu dikatakan utnuk menggulingkan kerajaaan Jepun dan Institusi Raja sertam mahu mencetuskan revolusi dunia. Bahkan turut dilaprkan JRA pada masa itu aktif sekitar tahun 1970-an dengan beberapa kejadian rampasan Japan Airlines Penerbangan 351 pada tahun 1970 dan Pembunuhan Lod Airport pada tahun 1972.

Turut di maklumkan bahawa MH653 bukanlah insiden pertama yang melibatkan JRA, mereka juga menjadi dalang disebalik krisis tebusan AIA Bangunan pada tahun 1975.

Militan JRA bersama dua tebusan pada tahun 1975 dibangunan AIA semasa krisis- merupakan teori yang paling kuat setakat ini, namun Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Kerajaan Jepun menafikan rampasan itu dilakukan leh JRA.

Bagaimanpun, ada juga spekulasi lain dari segi keselamatan. Ada yang mengatakan, Lapangan Terbang Pulau Pinang pada masa itu pernah disenaraikan sebagai lapangan terbang yang mempunyai ‘kekurangan yang kritikal’ oleh Persatuan Juruterbang Syarikat Persekutuan Antarabangsa.

Laporan wartawan pada masa itu juga berpendapat bahawa tahap keselamatannya ‘terlampau longgar’ sehingga mendapati pintu kargo dan akses VIP terbuka tanpa seorang pengawal pun. Pagar di sekitar landasan lapangan terbang juga berada dalam keadaan ‘terbuka’ kerana ada pembinaan sebuah terminal lapangan terbang baru berlaku pada masa yang sama.

Pagar lapangan terbang yang terbuka pada ketika itu di tapak pembinaan. – Imej dari The Star 8 Disember 1977.

Malah sebulan sebelum nahas berlaku, seorang penceroboh dikatakan telah melepasi keselamatan tanpa tiket yang sah dan berjaya menaiki kapal terbang MAS. Dia bagaimanapun berjaya dijejaki apabila seorang penumpang mengadu bahawa ada seseorang duduk kat tempat duduknya. Tetapi itu bukan kes terpencil. Malah lebih mengejutkan, seminggu sebelum rampasan berlaku, empat lelaki berjaya melepasi keselamatan lapangan terbang sebelum ditangkap.

Tragedi MH653 Menjadikan Kerajaan Lebih Peka Mengenai Keselamatan Lapangan Terbang

MAS pada masa itu juga telah membayar wang pampasan sebanyak RM8.8 juta kepada keluarga mangsa. Namun, sehingga hari ini tidak ada seoorang pun mampu menjawab kesemua persoalan yang timbul kepada ahli keluarga mangsa.

Disebabkan pendedahan besar yang dilakukan oleh wartawan The Star pada masa itu mengenai sistem keselamatan yang terlampau longgar ia menjuruskan kepada perubahan yang besar dalam industri penerbangan di Malaysia.

Salah satu perubahan besar yang berlaku selepas nahas MH653 ialah pengenalan Unit Keselamatan Penerbangan yang ditubuhkan untuk ‘melindungi penerbangan awam domestik dan antarabangsa terhadap gangguan yang menyalahi undang-undang’ yang bertujuan untuk memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan dalam lapangan terbang mencapai standard kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, keselamatan lapangan terbang mula menjadi lebih ketat, dengan lebih banyak pemeriksaan rapi ke atas penumpang dan kargo. VIP juga tidak lagi dikecualikan daripada pemeriksaan sebelum menaiki pesawat.

Tragedi MH653 kekal sebagai titik hitam dalam sejarah penerbangan Malaysia, namun pada masa yang sama ia menjadi pemangkin kepada banyak perubahan yang positif, dan telah menyelamatkan lebih ramai orang dalam dekad-dekad seterusnya.

Senarai Anak Kapal MH653 Yang Terkorban

Kapten G.K Ganjoor
First Officer Kamaruzaman Jalil
Leading Steward Sim Siang Yong
Flight Steward Karim Tahir

 

Flight Steward Onn Jaafar
Flight Stewardess Azian Borhanuddin
Flight Steward Mohd Shah Mohd Ali
Govindaraju s/o Ramasamy – Account Officer MAS
Choong Teik Cheng – Artisan with MAS

Senarai Penumpang Yang Dikenali

Datuk Seri Ali Bin Ahmad – Menteri Pertanian
Mario Garcia Inchaustegui

Penumpang lain yang dikenali adalah :

  • Tan Sri Mahfudz Khalid (Ketua Pengarah Jabatan Awam)

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL